Kangar, Perlis / 4 Mac 2022 - Chef terkenal, Abdullah Luqman bin Osman atau lebih dikenali dengan nama ALBO oleh sahibah-sahibah di seluruh Malaysia telah berkongsikan berita kelahiran cahaya matanya yang pertama. ALBO yang telah kurus berkat usaha menjaga makan dan berbasikal bersama isteri di Perlis telah berkongsikan berita ini di group whatsapp rasmi Gen-13 MATRI.
"Assalamualaikum uncle uncle semua. Alhamdulillah selamat di lahrkan puteri sulong kami. Mohon doakan ye untuk anak solehah kami." tulis ALBO sekitar jam 10:52 malam. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan padanya serta berharap dapat diberi tunjuk ajar perihal teknik menjaga anak di malam hari.
Ustaz Yaser Yusof dari Syria telah menulis "Waalaikumussalam. Moga menjadi anak solehah. Sihat sepanjang hayat. Murah rezeki sepanjang hayat. Bahagia Dunia Akhirat. Moga nanti bawak balik bakal menantu yang soleh kat baba ALBO. Patut semalam tak mai berantaq Bunda depa pi Mekah".
Seluruh warga kerja BKK turut merasa gembira dengan berita ini. Ucapan setinggi tahniah diucapkan kepada ALBO dan isteri. Semoga dapat mendidik anak dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. - BKK
Manjung/ 14 Mac 2022 - Ahli alumni Gen-13 MATRI, Muhd Luqman bin Mhd Rejab menggegarkan industri model tanah air apabila posing macho beliau telah dipilih sebagai gambar pilihan oleh Technofit. Luqman merupakan pelajar lepasan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dalam bidang Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing). Gambar sensasi Luqman ini telah didedahkan oleh pegawai penyiasatan gosip BKK, Encik Ahmad Afifi bin Zakaria.
Semasa di MATRI, Luqman terkenal dengan panggilan Luqman Robot oleh rakan-rakan beliau. Kini beliau berjaya membuktikan bahawa walaupun pernah dipanggil robot, beliau berjaya menjadi seorang jurutera senior yang berjaya. Memuji kecekapan Luqman dalam bidang kejuruteraan, pihak Technofit telah memperkenalkan Luqman sebagai MRO Region 1 Senior Engineer.
"Meet our Maintenance, Repair & Overhaul (MRO) Region 1 Senior Engineer, Mr. Luqman. He is entrusted to monitor overall MRO processes at site. Standing by its word of wisdom,he sure is determine in exploring every aspect of given task. Having been with TECHNOFIT for more than 5 years, fellow engineers has always look up to Mr. Luqman. Keep up the good work Mr. Luqman!"
Dalam memberikan motivasi kepada generasi muda, Luqman telah memilih slogan "I never lose, I either win or learn" sebagai falsafah bekerja beliau dalam bidang profesional.
Pengurus besar sebuah syarikat automobil dari German, Izzat Mat Suki ketika dihubungi telah berkata "Steady engineer, posing sakan. Saya tak macho macam abang engineer, tapi saya manis". Walaubagaimanapun, kemanisan Izzat Mat Suki ini diragui oleh hilmi Azhari. - BKK
Beliau yang mempengerusikan peperiksaan Viva Voce bagi Hamizan memaklumkan bahawa Hamizan lulus dengan minor correction. Kajian Hamizan ini menurut beliau akan menambahkan lagi kepakaran dalam bidang wakaf di ACIS. Sebagai rekod, Hamizan telah melakukan kajian yang bertajuk "Wakaf Zuriat di Malaysia: Analisa Perspektif Pengurusan dan Pembangunan Kerangka Model". Kajian ini telah dilakukan di bawah seliaan Dr. Afandi dan Professor Ismail Ahmad.
Seluruh warga BKK dan juga Alumni Gen-13 MATRI mengucapkan tahniah kepada Dr. Hamizan Abdul Hamid atas kejayaan yang membanggakan ini. Kejayaan ini juga telah mendapat banyak pujian positif dari rakan-rakan alumni.
"Tahniah (Dr) Hamizan Abdul Hamid. Semoga Islam dapat tumpang kepakaran dan terus memberi manfaat kepada ramai orang" kata Ustaz Khalilullah Amin dari Perlis.
"Alhmdulillah tahniah Dr Hamizan. Mantap. Cemerlang dari dulu lagi" kata Musthoffa Syawwal seorang ahli farmasi dari Lahar Kepar.
"Alhamdullilah taniah Dr Hamizan. Sumber inspirasi buat semua orang" tulis Kapten Ikhwan Zulkifli yang baru selesai jogging 2 kilometer di Manjung.
Pasukan Gen-13 MATRI Tewas 3-1 Pada KBHI di UniKL-MIMET
Manjung/26 Februari 2022 - Pasukan Gen-13 MATRI meneruskan tradisi kekalahan cemerlang pada musim ini dengan kekalahan 3-1 menentang Kelab Belia Haluan Ipoh (KBHI) di padang utama UniKL-MIMET pada 26 Februari 2022. Sebelum ini mereka telah mencatat dua kekalahan iaitu di Kelab Sultan Sulaiman dan KSL Setapak. Perlawanan pada mulanya dijadualkan berlangsung di Padang Astaka Sitiawan, Perak, namun kerana hujan lebat pihak pengurusan Astaka telah secara sukahati mereka membatalkan perlawanan.
Padang Astaka Sitiawan yang banjir ditenggelami air menyebabkan para pemain teruja untuk berenang dengan membawa pelampung, namun hasrat mereka telah dihalang pihak pengurusan Astaka. Seorang doktor perubatan di sebuah klinik kesihatan di Perlis telah memberi komen seperti berikut:
"Apa bendalah cancel saat akhir, teruk punya pengurusan, macam lah tak boleh aspect benda ni, Malaysia ni bukan tak pernah hujan, orang dah bayar deposit, datang jauh-jauh dari Perlis, boleh pula dia cancel venue macam tu aje, gerammmm!".
Padang Astaka Sitiawan yang banjir teruk. |
Tuan rumah, Tuan Ikhwan Zulkifli juga kelihatan berubah muka kerana takut dikritik oleh para pemain yang telah berkumpul dari serata Malaysia. Beliau pantas menalifon semua pihak pengurusan padang yang ada di seluruh Manjung, dari padang sekolah, padang tadika, padang Bomba, padang kawad, padang tembak, padang awam, semuanya ditalifon, namun hampa. Ternyata tiada siapa yang mahu memberi padang pada saat-saat akhir. Kekalutan dan kerisauan Ikhwan telah menyebabkan separuh rambut di kepalanya gugur.
Melihat keadaan yang huru-hara dan tidak terkawal. Setiausaha program, Syed Ahmad Fathi telah memberikan idea bernas kepada Ikhwan untuk mencuba padang UniKL-MIMET dan mententeramkan para pemain dan mengelakkan keadaan berubah menjadi rusuhan dan demonstrasi jalanan.
"Sekejap saya call Taqiyudin" jawab Ikhwan. Keadaan kembali tenang dan lega apabila pihak UniKL-MIMET membenarkan penggunaan padang mereka. "Tenang is good" kata Anas Mokhtar, salah seorang pemain yang sebelum ini sesat di Manjung dan peminat Kopi Tenang. Di UniKL-MIMET telah berlangsung majlis ringkas penyerahan plaque perlawanan persahabatan oleh wakil KBHI, saudara Muhammad Fadhli Razali kepada wakil Gen-13 MATRI, Ustaz Syafiy Zakaria. Perlawanan kemudian bermula rancak walaupun para pengadil masih lagi bingung bagaimana untuk mengadili perlawanan pada padang yang tidak mempunyai sebarang garisan.
Muhammad Fadhi menyerahkan plaque penghargaan pada Ustaz Syafiy Zakaria dengan Anas yang menyibuk. |
Skuad Gen-13 beraksi mantap pada permulaan perlawanan dengan serangan bertali arus ke dalam kubu KBHI. Situasi padang yang basah dengan bola yang selalu tersangkut pada air seolah memberi mereka kelebihan. Namun gawang Gen-13 akhirnya bocor apabila pertukaran pemain dilakukan. Faiz Syukri telah keluar dan digantikan dengan Muhammad Radhi pada posisi bet kanan. Radhi melakukan kesilapan mudah dan memberi laluan kepada pemain lawan, Ilham Mahadzir merembat bola melepasi penjara gol Gen-13 MATRI, Afifi Zakaria. Hal ini telah meyakinkan pasukan Gen-13 bahawa Radhi telah dibeli oleh pihak lawan untuk menjual perlawanan dalam siri pertemuan rahsia beliau bersama KBHI sebelum ini.
Tidak mengalah, pasukan Gen-13 terus mengasak. Menggunakan teknik menyawit dan larian cekang, striker Gen-13 MATRI, Izzat Ibrahim berjaya melepasi pertahanan KBHI dan mengikat kembali kedudukan satu sama. Namun keputusan ini tidak bertahan lama apabila penyerang KBHI, Hazim Amran berjaya melakukan tendangan sudut cantik membawa KBHI kembali ke depan dengan 2-1. Bola ini telah ditampan masuk ke dalam gol sendiri oleh penjaga gol Gen-13 MATRI, Izzat Mat Suki. Beliau tidak berjaya mengekalkan prestasi clean sheet dan nampaknya perlu berlatih dengan lebih gigih lagi di USM Penang.
Kesebelasan utama pasukan Gen-13 MATRI yang menjadi taruhan kali ini. |
Gen-13 MATRI kemudian mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan apabila mendapat sepakan penalti disebabkan keganasan yang dilakukan oleh pertahanan KBHI. Pada mulanya, Radhi ingin mengambil penalti namun dihalang oleh kebanyakan pemain lain yang gusar beliau akan menjual perlawanan sekali lagi. Sepakan telah diambil oleh Ahmad Bashier Nasharudin. Sepakan Bashier yang lembik, ketengah dan noob dengan mudah diselamatkan oleh keeper cemerlang KBHI, Huzaifah Ibrahim. KBHI kemudian mendapat peluang untuk mengukuhkan jaringan apabila Ahmad Faiz Syukri telah menampan bola dalam kotak penalti yang tidak berkotak. Faiz terlupa bahawa dia bukan penjaga gol. Peluang ini telah disempurnakan oleh ayam tambatan KBHI yang aktif berjogging di Strava, Muhammad Raif dan sekali lagi tidak dapat diselamatkan oleh Izzat Mat Suki menjadikan keputusan 3-1.
Gawang Gen-13 kemudian ditutup rapat berkat usaha gigih Ustaz Anas Mokhtar (UAM) yang berjaya mempamerkan persembahan cemerlang. Walaupun mempunyai saiz badan mirip Hilmi Razak, Anas berjaya memotong banyak serangan KBHI dan melumpuhkan serangan mereka. Pemain Gen-13 MATRI, Syauqi Murshid yang sebelum ini terkenal dengan asyik offside turut dilihat menunjukkan sedikit peningkatan walaupun strategi "false 9" beliau tidak berjaya. Beliau berjaya mengelak dari offside dengan menyorok menjadi pemain pertahanan walaupun sebenarnya dia striker. Hanif Ismail, player yang berasal dari Jalan Teluk Wan Jah, Alor Star juga mempamerkan persembahan yang mengkagumkan, beliau berjaya melorong bola kepada Syed Ahmad Fathi. Fathi yang bermain ala-ala Takumi Minamino telah berlari mengejar bola laju Hanif sehingga beliau akhirnya cedera hamstring.
Syed Ahmad Fathi yang cedera hamstring dirawat oleh Dr. Ihsan Zakaria dan dibantu oleh paramedik, Hilmi Azhari. |
"Sia-sia aje jogging banyak-banyak Fathi ni" kata pengulas sukan, Rijaluddin bin Abdul Manaf melihat Fathi yang cedera. Manakala Syauqi Murshid yang telah lama memendam perasaan berkata "aku dah lama dah meluat tengok dia dok update jogging dekat Facebook, ini semua poyo". Tidak berputus asa, Fathi ketika ditemui media berkata beliau akan terus bangkit dan beraksi dengan lebih baik di masa hadapan, bak kata Eren Yeager "tatakae!" ujar beliau.
Antara pemain-pemain lain yang dilihat beraksi dengan begitu bertenaga adalah Dr. Ihsan Zakaria, Dr. Afiq Fawwaz, Kapten Ikhwan Zulkifli, Amin Roseli, Musthofa Syawwal, Najmi Abdul Rahim, dan Umair Suhaimi. Pemain utama Gen-13 MATRI yang diimport dari Johor Baharu, Hilmi Razak pula dilihat tidak berapa menyerlah dan hanya menyentuh bola sekali sahaja dengan jersi yang diikat di lengan. "Menghabiskan beras aje" komen Hilmi Aloi melihat prestasi Hilmi Razak yang persis prestasi casting siakap beliau sendiri. Manakala Saiful Islam Izraei kecewa kerana disuruh tukar ketika beliau masih panas dan bersemangat di atas padang. Keputusan kekal 3-1 hingga ke akhir perlawanan.
Keseluruhan pasukan Gen-13 MATRI. |
Ditemuramah selepas perlawanan, ketika diminta untuk mengulas strategi yang tidak berjaya, pengurus bahagian taktikal Gen-13 MATRI, Syauqi Murshid telah berkata kepada wartawan "Aku dah habaq kat depa lemak badan ni jangan simpan lama-lama, kalau lemak simpan lama-lama dia jadi daging". - BKK
Walaubagaimanapun, hal ini mungkin merupakan mainan propaganda pihak lawan yang ingin memasukkan Umair ke dalam pasukan Gen-13 MATRI dengan perjanjian rahsia antara mereka. Sebelum ini tular berita bahawa ada kemungkinan pemain-pemain Gen-13 MATRI termasuk ketua mereka sendiri, Radhi Abdul Rahman yang dikatakan akan berpaling tadah dan sudah dibeli. Jabatan wartawan penyiasatan BKK masih cuba menghubungi kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim bagi mendapatkan komen dan respon beliau. Para penyokong dikatakan mahu Najmi mengambil tindakan disiplin yang tegas kepada pemain-pemain yang cuba bernegosiasi dengan KBHI dalam menentukan keputusan perlawanan.
Dalam satu gambar lain dari sumber yang tidak sahih, Umair dilihat terus bermain mobile lagend dalam talifon pintarnya dan tidak mengendahkan "angpow" yang dihulurkan padanya. Walaubagaimanapun, wartawan BKK masih skeptik dengan keabsahan situasi dalam gambar ini. Hal ini kerana KBHI terkenal dengan short filem, boleh jadi gambar ini merupakan rekaan dan sebahagian dari adengan short filem mereka. - BKK
Hilmi Naik Bas ke Teluk Senangin Untuk Reunion
Izzat Ibrahim Gerak Awal, Pinjam Kereta ke Reunion
Penulis prolifik Malaysia, saudara Izzat Ibrahim bin Syamjudin memaklumkan bahawa beliau gerak lebih awal bersama isteri dan dua anaknya ke program Reunion Gen-13 MATRI di Teluk Senangin, Perak. Bagi melancarkan perjalanan beliau telah meminjam "kereta sedap" adiknya, Muhd Taqiuddin untuk ke Perak. Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kebimbangan kerana "kereta sedap" Proton Pesona ini mungkin menyebabkan beliau terlajak hingga ke Perlis.
Menurut Izzat, beliau merancang untuk menyinggah ke beberapa tempat sebelum menghadiri reunion.
"Singgah-singgah tu jaga SOP" pesan Syed Ahmad Fathi yang merupakan setiausaha program. Beliau telah memberi pesanan yang berhikmah ini kerana situasi penularan wabak Covid varian Omicron kini meningkat dengan mendadak.
Izzat memaklumkan pada hari Jumaat nanti beliau akan melaksanakan ujian kendiri RTK sekali lagi bagi memastikan bahawa beliau sekeluarga bebas dari jangkitan Covid-19.
Berikut adalah teks rasmi dari hantaran asal beliau:
"Jumaat, Sabtu dan Ahad ini ada program reunion sekolah menengah, generasi ke-13 MATRI. Buat di Perak. Disebabkan perjalanan jauh dan untuk menikmati perjalanan, saya mula gerak hari ini. Singgah ke beberapa tempat sebelum sampai ke tempat program. Sewa pinjam kereta Proton Persona adik Muhd Taqiuddin. Cadangan asal nak bawa kereta Proton Saga lama je. Sebab risau jugak naik kereta sedap-sedap ni. Takut tiba-tiba terlajak sampai Perlis pulak nanti. Haha.
Izzat Ibrahim, Road to reunion."
- BKK
Pemergian Ayah: Takziah Buat Chewan Sekeluarga
Seluruh warga Gen-13 MATRI dan juga warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah kepada saudara Muhammad Syafwan (Chewan), yang merupakan bendahari alumni Gen-13 MATRI atas pemergian ayahanda yang tercinta Che Mustapha bin Abdullah pada jam 5.40 pagi hari ini di Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Perak. Kami mendoakan agar ruh ayahanda beliau diampunkan Allah dan diterima segala amal soleh beliau seterusnya dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama orang beriman. Kami juga mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada beliau sekeluarga.
Terdahulu beliau telah berkongsi berita pemergian ayah beliau di Whatsapp seperti berikut:
"Assalamualaikum. Ayah saya, Che Mustapha bin Abdullah telah meninggal dunia pada jam 5.40 pagi tadi (24 Feb 2022) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Jika arwah ada berhutang, minta hubungi kami. Doakan arwah, Jazakumullahukhairan."
Dari Allah kita datang, kepada Nya juga kita akan kembali. Sekali lagi, salam takziah kami ucapkan. - BKK