Alhamdulillah di atas izin dan rezeki dari Allah SWT, ahli-ahli Gen 13 telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang bagi diberikan kepada Medina binti Muhammad Muaz (Allahu maghfirlahu war hamhu) hasil usaha crowfunding yang dimulakan oleh ketua Biro Kebajikan Gen 13, Abdullah Luqman bin Osman (ALBO).Hasil risikan pihak BKK telah menjumpai bukti seruan tersebut dan mempunyai keabsahannya tersendiri. Berikut dapatannya:Seruan tersebut telah disambut baik dan...
KLIA, Sepang, 6 April 2022- Hari gembira buat Setiausaha Agung Gen 13 MATRI, Syed Ahmad Fathi yang akan berlepas ke Tanah Haram bagi mengerjakan ibadah 'umrah pada jam 4.50 petang. Berikut mesej yang ditinggalkan oleh beliau kepada ahli-ahli Gen 13 MATRI," Assalamualaikum, saya Syed Ahmad Fathi ingin memohon maaf pada sahabat-sahabat yang dikasihi atas kesilapan di dalam dan di luar padang, juga andai ada kesilapan...
Perlis/21 Mac 2022 - Seluruh Alumni Batch ke-13 MATRI dan seluruh warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah buat saudara Abdul Hanan bin Abdul Halim dan isteri atas kematian bayi baharu mereka. Seluruh warga Gen-13 berasa sangat sedih dan berkabung atas berita ini. Terdahulu pada 16 Mac 2022, Hanan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat turun bersama di Kopa Arena, USM kerana baru menimang...
Manjung/ 14 Mac 2022 - Ahli alumni Gen-13 MATRI, Muhd Luqman bin Mhd Rejab menggegarkan industri model tanah air apabila posing macho beliau telah dipilih sebagai gambar pilihan oleh Technofit. Luqman merupakan pelajar lepasan Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dalam bidang Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing). Gambar sensasi Luqman ini telah didedahkan oleh pegawai penyiasatan gosip BKK, Encik Ahmad Afifi...
Shah Alam/14 Mac 2022 - Muhammad Hamizan bin Abdul Hamid mencipta rekod sebagai pemegang sijil doktor falsafah (PhD) pertama dalam kalangan alumni lelaki generasi ke-13 MATRI. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Prof. Madya Najahudin Lateh yang merupakan pensyarah di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM),Shah Alam, Selangor dalam satu hantarannya di Facebook.Beliau yang mempengerusikan peperiksaan Viva Voce bagi Hamizan...
Menurut beberapa surat layang dan sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai, pemain pertahanan Gen-13 MATRI yang terkenal dengan teknik larian jantung kuda, Umair Suhaimi tidak mahu menerima suapan yang diberikan padanya. Dalam satu gambar yang telah dinilai oleh panel wartawan siasatan BKK dan tidak dapat disahkan, Umair kelihatan menolak tawaran suapan yang diberikan padanya. Sumber yang tidak boleh dipercayai juga memaklumkan bahawa Umair "masih...
Hilmi Naik Bas ke Teluk Senangin Untuk Reunion
By Syed Ahmad Fathi - Friday, February 25, 2022
CEO Syoknya Travel, Hilmi Razak telah memaklumkan pada pihak media bahawa beliau menaiki bas ke Teluk Senangin, Perak untuk menghadiri program Reunion Gen-13 MATRI. Dalam satu gambar yang dikongsikannya, beliau telah dilihat menayangkan pipinya yang gebu berlatarkan bas ekspress Arwana. Beliau pada asalnya ingin membawa bersama keluarganya, namun atas beberapa kekangan, rancangan ini tidak dapat diteruskan dan hanya boleh datang secara bujang. Bas...
Izzat Ibrahim Gerak Awal, Pinjam Kereta ke Reunion
By Syed Ahmad Fathi - Thursday, February 24, 2022
Penulis prolifik Malaysia, saudara Izzat Ibrahim bin Syamjudin memaklumkan bahawa beliau gerak lebih awal bersama isteri dan dua anaknya ke program Reunion Gen-13 MATRI di Teluk Senangin, Perak. Bagi melancarkan perjalanan beliau telah meminjam "kereta sedap" adiknya, Muhd Taqiuddin untuk ke Perak. Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kebimbangan kerana "kereta sedap" Proton Pesona ini mungkin menyebabkan beliau terlajak hingga ke...
Pemergian Ayah: Takziah Buat Chewan Sekeluarga
By Syed Ahmad Fathi - Thursday, February 24, 2022
Seluruh warga Gen-13 MATRI dan juga warga kerja BKK ingin merakamkan ucapan takziah kepada saudara Muhammad Syafwan (Chewan), yang merupakan bendahari alumni Gen-13 MATRI atas pemergian ayahanda yang tercinta Che Mustapha bin Abdullah pada jam 5.40 pagi hari ini di Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Perak. Kami mendoakan agar ruh ayahanda beliau diampunkan Allah dan diterima segala amal soleh beliau seterusnya dimasukkan ke dalam...
Menerusi berita terbaru yang kami terima, Ustaz Anas Mokhtar (UAM) yang terkenal dengan siri-siri ceramah viral di channel Youtube UAM Media telah mengalami kemalangan kereta di sebuah lebuhraya. Kejadian tersebut berlaku pada malam hari. Setakat ini tiada kecederaan serius yang dilaporkan. Ketika dihubungi oleh bilik berita, Ustaz Anas Mokhtar memaklumkan bahawa keretanya mengalami kerosakan yang teruk. Sahabat-sahabat yang budiman dan dermawan bolehlah menyalurkan...
Tok Imam Syauqi Belum Menjumpai Makmum Untuk Dijadikan Isteri
By Syed Ahmad Fathi - Thursday, February 03, 2022
Tok Imam Syauqi (kanan baju pink) bersama kawan karibnya Khalis Zawawi dan Hariz Hasnan.Bayan Lepas, Pulau Pinang, 01 Februari 2022 - Tok Imam besar Pulau Pinang, Syauqi Murshid telah berkongsikan sebuah komik jenaka imam di media sosial beliau. Komik itu memaparkan seorang lelaki bernama Jiman yang sedang merisik seorang wanita bernama Ita. Bakal bapa mertuanya menyuruhnya menjadi imam tetapi Jiman sebaliknya mengajak bakal...
Kuala Perlis, 02 Februari 2022 - Manager pasukan Gen-13 MATRI, Afifi Zakaria hari ini telah mempersoalkan kesetiaan seorang pemain tengah Gen-13 yang mempunyai ukur lilit perut yang memberangsangkan iaitu Muhammad Radhi bin Abdul Rahman. Radhi yang sebelum ini kelihatan sedang berkomplot di pejabat KBHI kini dilihat bermain dengan pasukan dari Perlis pula."Banyak betul Radhi punya team ni. Gen-13 pun dia, KBHI pun dia....