Berbisa! Atlet KBHI Mulakan Latihan Untuk Bertemu Gen-13 MATRI

By Syed Ahmad Fathi - Sunday, January 23, 2022


23 Januari 2022/Kinta, Perak - Atlet KBHI, Muhammad Raif bin Abdul Rahman dilihat telah memulakan langkah untuk berlatih bagi membuat persediaan menentang Pasukan Gen-13 di Manjung, Perak pada 26 Februari ini. Melalui applikasi Strava, Raif telah berkongsi lariannya sejauh 5 kilometer dengan pace sebanyak 9.16 dalam masa hanya 46 minit dengan kapsyen "setelah sekian lama". Kapten pasukan KBHI yang juga merupakan pelakon sambilan short filem, Ahmad Yusuf Razali mengesahkan perkara ini ketika dihubungi. 

"Saya sudah maklumkan kepada pasukan KBHI untuk mula berlatih lebih dan bersedia dengan sebarang provokasi dari pasukan Gen-13 MATRI. Kami akan prepare awal" ujar beliau yang kelihatan konfiden boleh memenangi perlawanan persahabatan di Manjung nanti. Perasaan konfiden beliau ini mungkin datang dari kejayaannya menewaskan Pasukan Gen-13 di Kelab Sultan Sulaiman sebelum ini. Dalam perlawanan tersebut, Yusuf telah menggertak pemain-pemain Gen-13 untuk di"parap" kaki mereka semasa perlawanan. Beliau telah mengajak geng beliau dengan membuat list kaki yang hendak diparap. Yusuf bagaimana pun tidak menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut dan hanya bermain beberapa minit.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments