Update Makanan Reunion Batch-13 MATRI

By Syed Ahmad Fathi - Monday, December 20, 2021

 


AJK Penginapan dan Makanan, Leftenan Muda Ikhwan Zulkifli telah membentangkan dengan terperinci berkenaan dengan menu dan harga cateering bagi program reunion yang dijadualkan dibuat di Teluk Senangin, Perak pada bulan Februari ini. Untuk makluman beliau sudah pun membayar deposit kepada pihak katering pada 19 Disember 2021. Berikut adalah senarai menu beserta dengan harga untuk maklumat semua.

Hari Pertama (25 Februari 2022)

  • Makan malam

Nasi putih, ayam kari, sayur kobis goreng, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan masin goreng rampai, buah tembikai, dan air sirap/tea o. (Harga RM8 per pax)


Hari Kedua (26 Februari 2022)

  • Minum pagi

Bihun goreng, telur mata, sambal bilis,  dan air teh. (RM5 per pax)

  • Makan tengahari

Nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, jelatah, papedom, buah oren/tembikai, dan air oren sunquit. (RM10 per pax)

  • Makan malam (BBQ)

Nasi goreng cina & peralatan (RM5 per pax)

Hari Ketiga (27 Februari 2022)

  • Sarapan pagi

Nasi lemak, ayam rendang, sambal bilis, telur rebus, timun, kacang, kuih karipap, sri muka dan air nescafe. (RM6 per pax)

  • Makan Tengahari

Nasi beriani, ayam goreng berempah, kari kambing, acar timun carot, papedom, buah tembikai, dan air sirap (RM12 per pax).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga keseluruhan kos makanan adalah RM46 per pax. Untuk makluman kiraan ini hanya untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak dikira percuma.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments