Kecewa! Lelaki Ini Sedih Futsal Tak Dapat Sambutan

By Syed Ahmad Fathi - Thursday, December 09, 2021

Ahmad Bashier yang kelihatan kecewa kerana Manchester United kalah dan futsal tidak meriah.
Seorang lelaki berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Ahmad Bashier bin Nasharuddin ternyata kecewa apabila permainan futsal yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan. Permainan futsal tersebut dinamakan sebagai Riadhah Batch-13 yang diadakan di Endfield Bandar Utama, Kuala Lumpur pada 05 Disember 2021. 

Amin Roseli dan Syed Ahmad Fathi bergambar dengan Ahmad Bashier yang sedang menangis kecewa.

Anti-klimaks pertama datang dari seorang pegawai kerajaan dari Putrajaya, Hanif Hilmi yang telah menghantar mesej berbunyi:

"Salam. Maaf tak dapat hadir pagi ini. Jadi close contact kes covid pulak. Ikut kan nak pegi je. Dah buat self-test negative"

Alasan Covid-19 ini merupakan alasan biasa yang digunakan untuk menyembunyikan sebab sebenar iaitu kemalasan memuncak di pagi Ahad. Pada mulanya perlawanan bermula sengit, 4 melawan 4. Bashier, Afifi, Abbas, dan Syaza (Yot) membentuk satu pasukan. Sementara pasukan kedua dianggotai oleh Fathi, Amin, Anas Kep, dan Rijal. Walaupun Syed Ahmad Fathi kerap menjaringkan gol dengan jaringan-jaringan yang bernas, kaki bengkok Anas Kep telah menyebabkan pasukannya ketinggalan banyak mata, ini kerana tiada satu pun tendangan Anas yang menepati gol lawan.

Setelah 5 minit bermain, Afifi Zakaria dan Abbas Salimi telah berehat di tepi padang dan mula bermain phone. Abbas Salimi telah memberi alasan bahawa beliau mempunyai masalah tulang kaki dan tidak dapat lagi bermain. Sementara Afifi menggunakan alasan cuaca panas untuk menyembunyikan rasa penatnya bermain. Semasa berehat inilah Abbas dan Afifi telah menggunakan peluang untuk merakam video-video propaganda seolah-olah mereka telah memperoleh kemenangan. Video ini kemudian telah disebarkan untuk mendapat simpati orang ramai. Walhal gol-gol cantik yang dijaringkan oleh Syed Ahmad Fathi tidak dirakamkan.

Gambar post-match di Padang Endfield, Bandar Utama, KL.

Selfie sebelum pergi bergosip di restoran mamak.

Kerana Afifi dan Abbas sudah tidak fit lagi untuk bermain, majlis telah diteruskan dengan sesi gossip di Restoran Jasima, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Majlis gossip berjalan lebih meriah berbanding majlis futsal anjuran Bashier. Ustaz Rijaluddin telah mengorder air limau ais gelas besar, sementara Afifi kecewa kerana dari 2 megi goreng yang diorder, hanya satu sahaja yang sampai. Majlis gossip ini telah disempurnakan oleh Anas Norkefli yang telah membelanja semua kawan-kawan berkat hasil keuntungan perniagaan tadikanya yang diusahakan bersama isterinya di Putrajaya.

Untuk menebus kekecewaannya yang hanya mampu bermain selama 5 minit, Ahmad Afifi Zakaria berharap beliau dapat terus berlatih dan menganjurkan perlawanan bola padang menentang Batch-10 MATRI pada bulan Januari.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments