Adakah Long Tiger Lari ke Perlis?

By Syed Ahmad Fathi - Friday, December 17, 2021

Seorang budak lelaki dilihat bergambar dengan lelaki mirip seperti Long Tiger.

Baru-baru ini tular di media sosial perihal seorang suspek perbicaraan mahkamah yang melarikan diri di Tangkak, Johor. Menurut laporan akhbar Kosmo, lelaki yang digelar sebagai Long Tiger itu berjaya lolos dari lokap Mahkamah Majisteret Tangkak pada 15 Disember 2021. Berikutan dari kejadian ini, warga netizen telah membuat spekulasi dan teori konspirasi bahawa Long Tiger telah melarikan diri ke Perlis. Teori ini tersebar dari sebuah foto yang menggambarkan seorang budak sekolah rendah sedang makan bersama lelaki yang mirip seperti Long Tiger.

Bagi mengesahkan spekulasi ini, pejabat berita kami telah menghubungi budak sekolah rendah tersebut. Hasil penemuan kami budak tersebut sebenarnya merupakan lelaki dewasa yang berumur 31 tahun dan dikenali sebagai Hilmi Azhari, atau lebih dikenali oleh penduduk Perlis sebagai Aloi. Beliau bagaimana pun menafikan individu yang makan dengannya di restoran adalah Long Tiger, sebaliknya individu tersebut adalah Long Radhi.

Long Radhi (kiri) yang mempunyai wajah mirip Long Tiger (kanan).

"Depa semua ni buat pala tau ja lebih, hat tu bukan Long Tiger, mamat tu kawan sekolah aku dulu Radhi Abdul Rahman" ujar Aloi ketika dihubungi oleh pejabat kami. 

Rupa-rupanya acara makan-makan di Perlis itu adalah anjuran seorang lelaki yang dinamakan sebagai ALBO, beliau telah membuat hebahan mengajak orang-orang kampung untuk datang menjamu selera meraikan Cikgu Affan Nashiron yang hadir ke Perlis. 

"Sapa ada perlis? Cikgu Affan Nashiron ajak lepak petang ini.  Mai sapa-sapa free.  Kedai dalam kampung sebelah rumah Pak Id" ujar ALBO mengajak.

Long Radhi yang cuba meniru gaya Ebit Liew bersama Cikgu Affan Nashiron dan ALBO yang telah kurus.

Namun ajakan ALBO ini tidak ditunaikan oleh imam di masjid tempatan. Imam masjid memberi alasan sakit kepala dan tidak mahu bertemu dengan ALBO.

"Sorry weh tak dapat join, sakit pala plak dah hujan-hujan ni" ujar Imam Syafiy bin Zakaria.

Sementara itu, seorang peminat kelab bola sepak JDT, yang kemudian telah menyokong KL City FC apabila JDT kalah, turut sama memberi alasan kerana tidak mahu melepak.

"Maaf, tak sempat join, baru sampai" ujar Izzat bin Mat Suki.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments