Assalamualaikum wbt ,sahabat semua.
Ramadhan Kareem!
Moga ALLAH pelihara & rahmati kita semua.
Berikut ana sertakan tshirt reunion kita.
Berikut ana sertakan tshirt reunion kita.
Sapa tak mai , tak dapat...:)
Isu Palestin di bawa ke Malaysia adalah untuk menanam kesedaran kepada rakyat Malaysia atas kesengsaraan rakyat Palestin , dirampas tanah, dibunuh dan ditindas oleh rejim zionis israel, agar kita dapat bersama membantu suara mereka..
Apabila di luar negara, mereka menerima isu ini dengan mengkaji kronologi dan peristiwa yang berjalan di Palestin sana.
http://www.liveyourseoul.com/
Tetapi, apabla tiba di Malaysia, isu ini pula dipolitikkan dan dijadikan aset untuk menuding jari kepada musuh politik masing-masing pula, disebelah sana tuduh sana ejen, di sana tuduh sana apco,
Aku bukanlah membenci politik, kerana politik itu menjamain kestabilan kebajikan masyarakat, tetapi apa yang aku bencikan adalah kepada mereka yang tidak bijak memacu hala tuju politik itu. Adakalanya kita memerlukan perbincangan dari asyik perdebatan
Akhirnya, usaha untuk membangkitkan kesedaran tidak berhasil, rakyat muak dengan istilah palestin, suara minta bantuan mereka semakin malas hendak didengari dan dibantu oleh sesetengah pihak, mereka semakin jelek dengan istilah "Israel"..
Tak boleh ke ubah cara berfikir rakyat Malaysia, bukan semua perkara perlu dipolitikkan...~
Sumber :http://pedangtertinggi.blogspot.com
Alhamdulillah
Ana panjatkan setinggi syukur kepada ALLAH SWT
Gembira rasa tengok bila dapat tengok sahabat-sahabat dapat berjumpa & kumpul balik
Yang pasti , dengan izin ALLAH , ukhwah & kerendahan hati masing-masing
Semua ini terjadi
Mesti syok & bangga bila lihat masing-masing dah ada bidang & kepakaran masing-masing
Yang pasti , ada 1 tajuk ni mesti tak tertinggal nak disembangkan..:)
Moga ALLAH suburkan lagi ukhwah kita ini dengan iman.
Tapi
Jangan lupa 1 September nanti , kita jumpa ramai-ramai.
Ana harap & doa moga kita dipermudahkan untuk bertemu
Sepetang di MASDAR
Satu Malam Di Shah Alam
" Assalamulaikum... Kepada sahabat semua dengan kesyukuran dan sukacitanya dijemput ke Majlis Walimah saya pada 23 Jun 2012 hari Sabtu di Dewan MPSP Tikam Batu "
Alhamdulillah..kami kat sini mengucapkan Tahniah & Mabrookk kepada sahabat kita ,
Yaser dan pasangannya.
Tambah lagi seorang sahabat kita yang bakal menjadi ketua keluarga.
Yang lain2 tu , tak rasa apa2 ka?..:)
Apa pun , ni berita gembira buat kami semua!
Moga ALLAH permudahkan , merahmati rumahtangga yang bakal dibina dengan cinta dan kasih sayang sampai bila-bila..Ameenn..InshaALLAH.
Tahniah & Mabrook kepada Yaser dan pasangannya!
Di kesempatan ini ,
Ana mengucapkan takziah kepada Qayyim Izzadeen sekeluarga ,
dengan pemergian ayah dia , Allahyarham Pakcik Hamdan
pada 22 hb Mei 2012 malam di Hospital Taiping.
Alhamdulillah,jenazah dikebumikan di Johor.
Arwah telah mengalami sakit paru-paru berair dan beberapa komplikasi jantung.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk arwah,
Moga ALLAH redho hidup arwah dan tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang soleh.InshaALLAH.
Ambik sedikit masa kita untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Al-Fatihah.
Si dia ada bersama kita
Moga semuanya dirahmati ALLAH SWT sepanjang masa..
Moga ALLAH pelihara iman kita sehingga kita bertemu-Nya..
Moga ALLAH lihat dan pandang kita nanti sebagai orang yang beriman..inshaALLAH..
Di sini , ana nak umumkan satu berita gembira buat semua...
InshaALLAH program Reunion kita pada tahun ini..
Akan diadakan bersama satu majlis special oleh seorang sahabat kita..
Cuma buat masa ini semuanya rahsia..:)..
Nantikan pengumuman rasmi dari si dia ya..
Harap semua bersabar , jangan marah ana
Dan yang penting , kurangkan mengeluarkan kenyataan kontroversi..:)
Takziah
diucapkan dari kami Alumni lepasan MATRI ke 13 kepada keluarga adik-adik kami di Matri, Perlis diatas kemalangan yang
menimpa mereka yang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Kehilangan mereka meyakinkan kita bahawa kematian tidak mengenal usia.Mereka telah pergi dan kita bakal menyusul.
Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Petikan berita Star Online:
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah
agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang
pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.
Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.
Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.
Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.
Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.
Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.
Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA
Kenyataan rasmi dari Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah.
Gambar-gambar van: