Sunday, September 11, 2011

Hadiah Dari Maha Penguasa


Sahabatku baru sahaja pulang dari tanah suci Makkah al-Mukarramah
Kepulangannya ku sambut meriah
Bertanya khabar berkongsi cerita
Keakraban tidak melupakan sahabatnya ketika di sana
Sempat membeli barang buat kami di sini
Namun aku menemui sesuatu yang lebih berharga
Khabar gembira dari bumi sentosa Mekah
Dikongsikan bersama
Pasti aku kongsi bersama kalian

Suatu ketika dia termenung ke arah Ka'bah
melihat ke suatu sudut tersergam indah
itulah Hajarul Aswad
Pantas memikirkan cara untuk mengucup batu syurga
Selesai memikirkan caranya, dia lalu beredar
Keesokan harinya
Tahulah dia akan ketentuan tuhan tetap berlaku
Dia sangka dapat tapi Allah lebih bijak menyusun diari hamba
Walau terpaksa akur dengan kehendakNya
Siapa yang tidak rindu pada harumnya syurga

Keesokan harinya dia merenung ke arah Hajar Aswad
Hatinya kemudian berbisik
Terlalu ramai yang inginkan harumannya
Tidak mengapalah jika begitu
Tak dapat pon tak apa
Tapi siapa tahu, izinNya tidak mampu dihalang
KataNya tak layak dibantah
Keesokan harinya
Walau hati sudah beralah
Tuhan tetap menginjak kaki menuju batu syurga
Sempat menciumnya
Sungguh
Sungguh benar
Sungguh agung KeesaanMu YaAllah

Jangan sangka perancangan kita pasti jadi
Sebaik mana pon kerangkanya
Terbaik mana pon kuda dan pedangmu
Jika Dia mengatakan tumbang, tetap gugur
Pasti akan gugur jua
Siapa kita hendak menetapkan urusan

Jangan sangka musuh yang kuat itu
Pasti mengalahkanmu
Kau lupa atau kau sudah hilang ingatan
Jika Dia mahu, seluruh pelosok dunia pasti beriman
Tapi Allah Maha Bijaksana
Dia serahkan tugas bagi kita
Supaya kita terus berusaha
Dan juga terus berharap padaNya

KepadaNyalah segala urusan dikembalikan
Bukan beriman pada perancangan
Di Mekah
Semuanya berlaku pantas
Yang angkuh terus takut lalu menjadi rendah
Yang rendah merasa dekatnya Tuhan

Semuanya percaya bahawa Mekah itu dekat dengan Allah
Rumah Allah yang mudah mengabulkan doa
Tapi jangan lupa masjid kita di sini
Juga hadiah dari Allah
Tempat kita memohon segalanya

Juga jangan dilupakan begitu saja
Kita masuk masjid al-Haram kita hormat segalanya
Kita jaga dari maksiat
Bila kita masuk masjid kita di sini
Kita tetap perlu yakin, doa kita pasti terkabul
Dan bila kita melangkah keluar dari masjid,
Memang kita keluar dari rumah Allah
Tapi kita masih kekal di bumi wakafan
Bumi milik Rabbal 'Alamin
Dimana saja kita berada tetap perlu jaga
Tetap usaha
Tetap yakin dengan janjiNya

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk agama Allah secara berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, dan beristighfarlah. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat."

Semoga iman kita terus meningkat sebelum menghadap Yang Maha Tinggi
Maha Besar
Maha Agung

Khabar gembira
Khas buat jiwa yang derita
Menanti hadiah istimewa
Inilah nikmat dari Maha Penguasa

Kemalangan di Felda Chuping

Takziah diucapkan dari kami Alumni lepasan MATRI ke 13 kepada keluarga adik-adik kami di Matri, Perlis diatas kemalangan yang menimpa mereka yang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Kehilangan mereka meyakinkan kita bahawa kematian tidak mengenal usia.Mereka telah pergi dan kita bakal menyusul.

Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Petikan berita Star Online: 
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.
Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.
Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.
Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.
Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.
Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.
Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA

Kenyataan rasmi dari Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah. 

Gambar-gambar van:



Ingat Allah Setiap Masa



Khusyuk itu tidak terhad sekadar di Masjid
Khusyuk juga bukan hanya di dalam solat
Khusyuk itu ilmu utama
Untuk diketahui pentingnya ia
Khusyuk itu menyempurnakan amal
Memberkati hayat
Merahmati kehidupan
Masa yang panjang terasa singkat
Yang berat terasa ringan
Yang banyak dirasakan sedikit
Khusyuk itu setiap masa
Setiap ketika
Tidak mengira tempat atau suasana
Khusyuk menenangkan jiwa
Mematangkan akal
Jalan selekoh menjadi lurus
Yang rumit menjadi mudah
Yang selerak menjadi terurus
Bukan solat sahaja benih bagi mihrab
Apa guna pohon tanpa buah
Apa guna amal tanpa ada hasilnya
Dan hasil itu datang setelah khusyuk
Khusyuk itu dalam genggaman
Genggaman hamba yang mengingati Allah
Setiap masa

Thursday, September 8, 2011

Repentance

Repentance By Cikgu Maimunah
Click to get a better view