Semasa sesi membayar makanan, akak warung sedikit stress kerana warga Gen-13 telah menyebut air minuman mereka serentak. Akak warung yang sedang mengira menggunakan kalkulator telah berkata dengan nada stress:
"Satu-satu la, susah saya nak kira ni".
Apabila Hanan bertanyakan harga sejemput bihun yang telah beliau ambil, akak warung telah membalas:
"Bihun sikit tu tak payah bayar la".
Berikut adalah video Hanan dan bihunnya.
Pasukan Gen-13 Tewas 4-1 di Kelab Sultan Sulaiman
Perlawanan Persahabatan Gen-13 MATRI Vs Gen-10 di Kelab Sultan Sulaiman. |
Rhino Arena, Kelab Sultan Ismail, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 15 Januari 2022 - Pasukan Generasi-13 Lepasan MATRI telah mengalami kekalahan teruk pada perlawanan persahabatan menentang Generasi-10 semalam. Perlawanan pada mulanya sengit dengan kedua-dua pasukan saling membuat serangan, penyerang Gen-10, Adiy Johare berjaya membuka jaringan hasil sepakan bola lambung yang berjaya menembusi gawang gol Gen-13 pada separuh masa pertama. Pertahanan tengah Gen-13, Faheem Islahi (Apoy) telah tergelincir ala-ala Steven Gerard manakala keeper Gen-13, Afifi Zakaria telah tersalah langkah kerana berada sedikit di hadapan, lambungan Adiy berjaya melemaskan Afifi.
Namun skuad pimpinan kapten Najmi Abdul Rahim berjaya bangkit pada separuh masa kedua apabila penyerang Gen-13, Ahmad Bashier Nasharudin berjaya mengikat semula jaringan pada separuh masa kedua menjadikan keputusan seri 1-1. Bashier berjaya melepasi pertahanan lawan kerana pemain pertahanan utama mereka Nasih Ulwan telah keluar, peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh Bashier untuk meledakkan gol pertama buat Gen-13.
Barisan Pemain Gen-13 MATRI. |
Pemain tengah Gen-13 yang tidak berapa fit, Radhi Abdul Rahman yang beberapa kali telah digentel oleh Adiy Johare kelihatan struggle untuk cuba mendapatkan bola. Kerana sudah lama tidak dapat bola, beliau telah membentes kaki Adiy dan dilayangkan kad kuning. Barisan serangan Gen-13 ternyata tidak berjaya menembusi gawang pihak lawan. Walaupun pelbagai hantaran cantik ala-ala Xabi Alonso telah dilakukan oleh Syed Ahmad Fathi, penyerang dari Pulau Pinang, Syauqi Murshid (Chot) sering kali offside kerana tidak pandai menjaga line. Manakala Izzat Mat Suki juga tidak berjaya menyempurnakan jaringan walaupun mempunyai peluang 1-to-1 bersama keeper lawan. Penyerang-penyerang lain seperti Muzakkir Ridzuan dan Musthoffa Syawal turut tidak menyerlah dengan shooting-shooting yang semuanya ke laut.
Antara pemain Gen-13 yang mencuri tumpuan adalah Paklong Umair bin Suhaimi yang diimport dari Ipoh, Perak. Bermain di bahagian kanan pertahanan, Paklong berjaya memintas semua serangan yang datang menggunakan teknik larian jantung kuda. Walaupun selepas perlawanan beliau terpaksa spray kakinya yang kejang, beliau berjaya memenangi anugerah Man of The Match untuk perlawanan kali ini. Hadiah bagi anugerah ini akan disampaikan semasa reunion di Teluk Senangin pada bulan Februari.
Umair Suhaimi - man of the match (MOTM). |
Selain itu, player dari pasukan PTD Putrajaya, Hanif Hilmi juga dilihat sangat fit walaupun kerap terlepas bola kerana sering berpusing-pusing sorang-sorang. Manakala Amin Roseli, Syaza Safwan (Yot) dan Abbas Salimi juga dilihat cergas berhempas pulas di bahagian tepi padang menyumbang kepada bahagian pertahanan dan serangan. Sementara itu, player bernama Ahmad bin Abdul Hadi (Ahmad Saje) dilihat cergas berlari bersama porch beg yang dibawanya, Ahmad dilihat seringkali cuba berlawan lari dengan penyerang pasukan lawan namun tidak berjaya.
Separuh masa ketiga menyaksikan perlawanan bertukar tragedi buat Gen-13. Penukaran keeper utama dari Afifi Zakaria kepada Izzat Mat Suki Boot Lotto Merah dikatakan sebagai penyumbang utama kepada tragedi ini. Adiy Johare sekali lagi berjaya menjaringkan gol kedua hasil rembatan dari kanan padang. Last man kental Gen-13 merangkap kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim yang mula bengang dengan prestasi pasukan telah membentes striker lawan, Safwan Nasir (abang kepada Azri Oit) di depan pintu gol. Najmi telah dilayangkan kad kuning dan pasukan lawan mendapat free kick.
Free kick ini telah disempurnakan oleh Zubair Hazni, penyokong tegar Manchester United. Latihan jogging Zubair melalui applikasi strava dilihat membuahkan hasil. Rembatan Zubair telah terkena palang atas sebelum melantun semula masuk ke gawang Gen-13. Izzat Mat Suki hanya mampu berlakon seperti mahu diving untuk menepis namun tidak berjaya menyelamatkan gawang. Gol terakhir Gen-10 telah dijaringkan oleh Remy Ariffin yang berjaya menggelecek barisan pertahanan sebelum merembat bola ke arah penjaga gol. Bola yang melantun telah disepak sekali lagi masuk ke gawang gol menjadikan keputusan 4-1. Keputusan ini kekal hingga ke akhir perlawanan.
Keputusan Akhir 4-1. |
Antara penyokong-penyokong Gen-13 yang hadir adalah Syahmi Rosle, Hamizan Hamid (bersama dua orang anak), Azri Nasir, dan juga Hanan Halim. Rata-rata player kecewa dengan Syahmi yang datang ke padang dengan tangan kosong dan tidak membawa aiskrim Mokti's dari kedainya. Hanan juga telah mengecewakan manager pasukan, Afifi Zakaria apabila beliau enggan bermain dan hanya mahu melihat sahaja. Seorang lagi alumni bernama Saiful Islam Izrai pula hanya datang semasa sesi makan-makan setelah perlawanan selesai.
Ditemuramah selepas perlawanan, kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim kedengaran optimis dengan perlawanan semalam walaupun tewas. Beliau berkata:
"Takpa ini baru perlawanan pertama, kita akan anjurkan dan sertai beberapa perlawanan lagi. Fathi, hang pegang bola banyak sangat hang kena main tengah, jangan dok bukak jauh sangat susah nak passing. Kita kena tumpukan pada bahagian tengah. Takpa. Perlawanan hari ini merupakan pendedahan yang baik buat pasukan. Kita berjaya melihat prestasi masing-masing dan membuat analisis bagaimana kita akan buat improvement di masa hadapan".
Sementara itu manager pasukan, Afifi Zakaria pula telah meninggalkan komen berikut:
"Saya berpuas hati sebab jersey yang saya sewa semuanya cukup dan dah dipulangkan. Saya dah kira balik, cukup semua 20 helai".
Ketua Batch-13 pula, Saudara Radhi bin Abdul Rahman kini sedang giat membuat perancangan rahsia untuk mengadakan perlawanan bola pada reunion Batch-13 MATRI di Teluk Senangin pada bulan Februari menentang pasukan KBHI. Ketika diminta mengulas, beliau tidak mahu mendedahkan apa-apa detail dan berharap pihak media bersabar menunggu pengumuman seterusnya dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Netizen Terpukau! Izzat Mat Suki Rasmikan Boot Lotto Merah
Player kelahiran Kuala Perlis, Izzat bin Mat Suki atau lebih dikenali dengan Izzat Becks telah merasmikan kasut Lotto merah yang dibelinya semata-mata untuk perlawanan friendly menentang Batch-10 MATRI. Beliau sebelum ini telah menayangkan kasut tersebut di Facebook dengan kapsyen "Adakah tahun 2022 tahun keluar dari retirement?? Nantikan kemunculan". Namun kasut Lotto bau kedai tersebut tidak berjaya membantu beliau untuk perform pada perlawanan tersebut. Beliau tidak berjaya menjaringkan gol walaupun mempunyai peluang 1-to-1 dengan keeper lawan. Beliau juga tidak berjaya mempertahankan gawang apabila lolos 3 gol pada pusingan ke-3 perlawanan. Ditemubual ketika akhir perlawanan, beliau telah memberi komen berikut:
"Kasut baru ni koyak siket tu susah nak main, takpe lain kali aku beli kasut Adidas pulak untuk game seterusnya" ujar beliau konfiden dalam slang KL.
Team Utara Memeriahkan Friendly Gen-13 MATRI
Pada 15 Januari 2022, telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pelajar lepasan MATRI generasi ke-13 menentang generasi ke-10 di Padang Bola Rhino, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perlawanan persahabatan ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat dari utara tanah air. Radhi Abdul Rahman telah menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan turun di Stesen Tasik Gelugor pada jam 8 malam (14 Januari 2022) dan diambil oleh Izzat Mat Suki. Radhi pada asalnya ingin datang bersama Ustaz Syafiy Zakaria, namun Syafiy menarik diri di saat akhir dan memberi alasan bahawa anaknya tidak sihat.
Sementara menunggu pemain utama, Syed Ahmad Fathi tiba di Bertam, Izzat dan Radhi telah mengoder Char Kue Teow Special di Danials Char Kuey Teow Udang Bertam. Sekitar jam 10 malam, Syed Ahmad Fathi tiba dan melakukan ujian test Covid-19 di restoran dengan result negatif. Kemuadian Izzat, Radhi, dan Fathi telah bergerak bersama menaiki Alza Biru dan mengambil player tidak berbakat Tok Imam Syauqi Murshid di Plaza Tol Sungai Dua. Dalam perjalanan, konvoi utara telah berhenti di Ipoh untuk mengambil player paling perform, Umair Suhaimi sebelum berhenti di RNR Tapah untuk minum kopi.
Sempanjang perjalanan, konvoi utara telah dihidangkan dengan tazkirah ringkas dan lawak hambar dari Tok Imam Syauqi. Sekitar jam 4 pagi, driver Alza, Izzat Mat Suki telah memandu seperti Michael Schumacher dan tiba di RNR Sungai Buloh. Di Sungai Buloh konvoi utara telah berhenti untuk berehat. Izzat dan Tok Imam Syauqi tidur di dalam kereta. Manakala Umair mengikuti Radhi untuk tidur di surau. Namun Umair tidak dapat tidur kerana dengkuran Radhi yang terlalu kuat. Setelah solat subuh, mandi dan sarapan roti, konvoi utara akhirnya tiba ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8 pagi.
Poster Friendly Batch-13 MATRI VS Batch-10 Released!
Bagi meranchakkan lagi perlawanan persahabatan antara Batch-13 MATRI dan Batch-10 yang bakal diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada hari Sabtu jam 9 pagi, pihak biro media Batch-13, Amin Roseli telah mengeluarkan sebuah poster perlawanan. Poster ini telah diviralkan oleh manager pasukan Batch-13 MATRI, Afifi Zakaria di media sosial. Posting beliau pada 12 Januari 2022 di Facebook telah mendapat 56 likes, 35 comments dan 8 shares. Selain poster utama, pihak biro media juga telah mengeluarkan poster "player to watch" yang memaparkan seorang pemain versetail, Syed Ahmad Fathi dengan caption yang begitu menarik. Seorang netizen bernama Ahmad Yusuf Razali yang cemburu dengan poster ini menulis sebuah komen berbunyi "Tengok ayat bongkak tu memang macam Zlatan".
Pada 25 Disember 2021 bertempat di RSMY Bangi telah berlangsung Kuliah Makrifat yang telah disampaikan oleh Ustaz Rijaluddin Abdul Manaf dan juga Ustaz Syahmi Rosle. Kuliah Makrifat pada kali ini telah memfokuskan kaifiat, pengalaman, dan juga cara-cara untuk melakukan ibadah umrah. Namun kuliah kali ini sedikit hambar kerana RSMY memaklumkan teh masalla mereka telah kehabisan stok. Ustaz Syahmi Rosle turut berkongsi rahsia bahawa beliau bakal membuka sebuah outlet Mokti's di Bandar Seri Putra. Kuliah Makrifat kali ini turut disertai oleh Saudara Faris Ghazali yang telah datang dari Banting semata-mata untuk mendapatkan rahsia-rahsia makrifat dari Ustaz Rijaluddin. Selain itu, Faris turut berkongsi tentang hal-hal kehidupan terbaru beliau kerana beliau sudah lama tidak berjumpa sahabat-sahabat dari Batch-13. Beliau kini berkhidmat di sebuah pusat pemasangan kereta Honda, jadi mana-mana sahabat yang hendak mendapatkan kereta Honda bolehlah menghubungi beliau. Antara peserta lain yang menyertai Kuliah Makrifat kali ini adalah Saiful Islam Izraei dan Abbas Salimi yang masing-masing sedang melakukan kajian PhD perihal bagaimana ilmu makrifat dapat diaplikasikan dalam bidang artificial intelligence dan juga crano-facial implant. Abbas Salimi turut membawa ahli kumpulan research beliau, Saudara Nelson bagi membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan lebih komprehensif.
Tarikh Kuliah Makrifat akan datang akan dimaklumkan kelak melalui teknologi Whatsapp.
Minit Mesyuarat Reunion Bil. 04: Penyelarasan Perbelanjaan
Penempatan & Makanan
Item pertama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah perihal perbelanjaan makanan. AJK yang diamanahkan untuk menguruskan bahagian makanan, Tuan Ikhwan Zulkifli, seperti biasa masuk lambat dalam mesyuarat iaitu sekitar jam 9.43 malam. Apabila ditanya kenapa tentera mempunyai masalah dalam disiplin masa, beliau telah memberi alasan bahawa beliau baru sudah membaca Surah Yasin dan Surah Al Kahfi selepas solat Isyak. Walau bagaimanapun alasan ini diragui oleh pengarah program, Radhi Abdul Rahman kerana Ikhwan memberi alasan sambil gelak-gelak manja.
Sudahlah datang lambat, beliau juga kelihatan clueless perihal perbentangan data hasil dapatan dari borang pendaftaran. Kerana kelewatannya, beliau tidak aware akan klon Iqbal Harun yang telah mengisi borang sebanyak dua kali. Ikhwan sekadar membaca "4 orang tak bermalam, 2 hari satu malam 11 orang, 3 hari dua malam 16 orang".
Selepas membaca data ini beliau masih teragak-agak bagaimana untuk membuat anggaran makanan. Melihat ketidakcekapan Ikhwan ini, setiausaha, Syed Ahmad Fathi telah mengambil alih dan dengan mudah menentukan bahawa bajet makanan adalah seramai 60 orang berdasarkan data yang ada. Untuk tujuan deposit, Ikhwan telah membayar sebanyak RM250 kepada pihak caterer.
Deposit penempatan dan booking hotel akan diuruskan oleh Ikhwan. Beliau akan mengira jumlah harga makanan dan harga bilik bagi setiap individu peserta dan menyerahkan list penuh kepada bendahari Muhammad Syafwan Che Mustapha bagi tujuan pungutan pada hujung minggu ini. Che Wan akan menghubungi setiap peserta untuk mengutip yuran setelah mendapat jumlah dari Ikhwan (makanan dan penempatan) dan Amin (baju).
Baju Program
AJK Baju, Tuan Amin Roseli seperti biasa telah membuat pembentangan dengan perform sekali menggunakan Microsoft Power Point. Cetakan baju akan dijalankan oleh Syarikat CetakPiii. Bagi mendapatkan harga yang lebih murah, Amin akan cuba mendapatkan tempahan dari sahabat yang tidak dapat hadir. Ini kerana tempahan melebihi 100 helai akan mendapat harga yang lebih murah. Oleh itu, bagi sahabat yang tidak dapat hadir, digalakkan untuk membeli baju untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak. Tempahan baju bagi yang tidak hadir boleh dibuat melalui borang baharu yang akan diedarkan oleh Amin. Tempahan akan dibuka sehingga 28 Januari 2022, dan finalization untuk cetakan adalah pada 01 Februari 2022.
Terdapat beberapa isu berbangkit antaranya maklumat yang tidak clear perihal saiz baju anak dari borang. Akan hal ini, Amin akan follow-up dengan peserta tentang baju anak secara peribadi. Amin juga berharap akan lebih ramai yang menyertai mesyuarat, lagi ramai lagi rancak. Kerancakan ini diperlukan untuk menarik sponsor bagi baju, syarikat yang memberikan sponsor akan di masukkan logo mereka ke dalam baju. Bagi bayaran baju, bayaran deposit perlu dibuat kepada bendahari, Syafwan (Che Wan), manakala baki harga baju boleh dibayar pada hari kejadian. Bagi yang tidak dapat hadir, bayaran full amount akan dikutip, bayaran bagi sahabat yang tidak hadir boleh dibuat terus kepada Amin Roseli.
Friendly Batch-13 MATRI VS Batch-10
Bagi membincangkan strategi pasukan, manager pasukan Batch-13, Afifi Zakaria telah rancak masuk ke dalam mesyuarat. Apabila ditanya perihal formation, beliau enggan mendedahkan formation terlalu awal kerana terdapat spy dari Batch-10 seperti Yusuf Razali yang mungkin cuba mendapatkan maklumat ini. Beliau akan membawa kertas dan pen untuk melukis formasi semasa di padang Kelab Sultan Sulaiman nanti. Namun beliau mendedahkan bahawa beliau akan meletakkan Najmi bin Abdul Rahim sebagai last man. Afifi turut memaklumkan bahawa bilangan jersi mencukupi, cuma setakat ini tiada jersi bersaiz 4XL yang boleh disediakan untuk Radhi.
Afifi juga memaklumkan bahawa beliau telah membeli air mineral dan air 100-plus untuk player-player yang tidak fit seperti Radhi Abdul Rahman, Bashier Nasharudin, dan Izzat Mat Suki. Sementara itu, Dr. Ihsan Zakaria yang kecewa dengan kekalahan Totenham Hotspur kepada Chelsea, telah merajuk dan tidak mahu turun bermain pada hari sabtu. Beliau telah memberi alasan bahawa kliniknya mempunyai program hujung minggu.
Selain itu, destinasi minum-minum selepas main juga telah dibahaskan. Namun kata sepakat gagal dicapai perihal kedai mamak mana yang boleh dilepaki. Bashier seperti biasa memberi alasan tak dapat lepak bersama selepas main, dia memberi alasan bahawa dia perlu memasak makanan tengahari untuk adik iparnya. Selepas beberapa gurauan lawak hambar dari Hilmi Azhari dan Izzat Mat Suki, majlis akhirnya ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al-Baqarah.
Tarikh mesyuarat seterusnya akan diberitahu kelak.
Pada 11 Januari tahun 2013, satu acara riadah malam futsal telah diadakan di Extreme Park South Quay (sebutan: ki) di Bandar Sunway. Berikut adalah beberapa foto di tempat kejadian:
Salam sejahtera buat semua ahli alumni. Berikut adalah updated design baju untuk program reunion Batch-13 MATRI.
Baju lelaki - Berkolar |
Baju lelaki - Round Neck & Short Sleeves |
Baju lelaki - Round Neck & Long Sleeves |
Baju Muslimah |
Pada ketika ini, design logo batch sedang dibaikpulih untuk lebih mantul dan standout dengan design baju ini. Design baju kanak-kanak adalah sama dengan design baju lelaki.
Sebarang komen atau cadangan, harap dapat disertakan dalam ruangan komen (pengubahsuaian design baju akan ditutup pada 27 Januari).
Peringatan: Diharap ahli alumni semua dapat mengisi Borang Pendaftaran Reunion. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Januari 2022 (bagi tujuan penempahan penginapan dan makanan).