Gempar! Qayyim Tukar Profile Picture Facebook
Berikut adalah beberapa komen netizen yang terpukau.
"Duta baju bila nak belanja kita makan-makan?" tanya Khairul Atif.
"Cantik baju" puji Fiza Ismail.
"Argh nak jerit nama idola" komen Rasul Nizam, tak tahan.
Selain menjadi model hangat Malaya. Qayyim juga merupakan seorang pekerja dalam bidang Oil & Gas, sebelum ini beliau ada menayangkan baju coverall merahnya yang tertulis nama syarikat "Halliburton" dengan tanda pagar #rezekidariAllah. Menurut rekod, Qayyim merupakan lepasan Batch-13 MATRI yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kepujian sahsiah semasa di sekolah. Beliau juga merupakan anak murid kesayangan warden, Ustaz Mahadzir.
Kecewa! Lelaki Ini Sedih Futsal Tak Dapat Sambutan
Ahmad Bashier yang kelihatan kecewa kerana Manchester United kalah dan futsal tidak meriah. |
Amin Roseli dan Syed Ahmad Fathi bergambar dengan Ahmad Bashier yang sedang menangis kecewa. |
"Salam. Maaf tak dapat hadir pagi ini. Jadi close contact kes covid pulak. Ikut kan nak pegi je. Dah buat self-test negative"
Alasan Covid-19 ini merupakan alasan biasa yang digunakan untuk menyembunyikan sebab sebenar iaitu kemalasan memuncak di pagi Ahad. Pada mulanya perlawanan bermula sengit, 4 melawan 4. Bashier, Afifi, Abbas, dan Syaza (Yot) membentuk satu pasukan. Sementara pasukan kedua dianggotai oleh Fathi, Amin, Anas Kep, dan Rijal. Walaupun Syed Ahmad Fathi kerap menjaringkan gol dengan jaringan-jaringan yang bernas, kaki bengkok Anas Kep telah menyebabkan pasukannya ketinggalan banyak mata, ini kerana tiada satu pun tendangan Anas yang menepati gol lawan.
Setelah 5 minit bermain, Afifi Zakaria dan Abbas Salimi telah berehat di tepi padang dan mula bermain phone. Abbas Salimi telah memberi alasan bahawa beliau mempunyai masalah tulang kaki dan tidak dapat lagi bermain. Sementara Afifi menggunakan alasan cuaca panas untuk menyembunyikan rasa penatnya bermain. Semasa berehat inilah Abbas dan Afifi telah menggunakan peluang untuk merakam video-video propaganda seolah-olah mereka telah memperoleh kemenangan. Video ini kemudian telah disebarkan untuk mendapat simpati orang ramai. Walhal gol-gol cantik yang dijaringkan oleh Syed Ahmad Fathi tidak dirakamkan.
Gambar post-match di Padang Endfield, Bandar Utama, KL. |
Selfie sebelum pergi bergosip di restoran mamak. |
Kerana Afifi dan Abbas sudah tidak fit lagi untuk bermain, majlis telah diteruskan dengan sesi gossip di Restoran Jasima, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Majlis gossip berjalan lebih meriah berbanding majlis futsal anjuran Bashier. Ustaz Rijaluddin telah mengorder air limau ais gelas besar, sementara Afifi kecewa kerana dari 2 megi goreng yang diorder, hanya satu sahaja yang sampai. Majlis gossip ini telah disempurnakan oleh Anas Norkefli yang telah membelanja semua kawan-kawan berkat hasil keuntungan perniagaan tadikanya yang diusahakan bersama isterinya di Putrajaya.
Untuk menebus kekecewaannya yang hanya mampu bermain selama 5 minit, Ahmad Afifi Zakaria berharap beliau dapat terus berlatih dan menganjurkan perlawanan bola padang menentang Batch-10 MATRI pada bulan Januari.
Pengarah program Reunion Batch-13 MATRI 2022, saudara Muhammad Radhi bin Abdul Rahman telah memaklumkan kepada pihak media bahawa mesyuarat Bil. 03 yang dijadualkan pada hari Jumaat, 10 Disember 2021 ditangguhkan ke tarikh 17 Disember 2021. Penangguhan ini adalah bagi membolehkan AJK penempatan, Tuan Ikhwan bin Zulkifli agar lebih bersedia dengan maklumat-maklumat terbaru dan terkini. Terdahulu Ikhwan kelihatan gagap dan tidak bersedia pada mesyuarat Bil. 02 dan tidak dapat menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan. Dalam perkembangan yang sama, group WhatsApp Batch-13 MATRI dipenuhi oleh cadangan dari Afifi Zakaria untuk diadakan perlawanan bola menentang Batch-10 MATRI pada awal Januari. Afifi yang kecewa dengan persembahannya sendiri pada perlawanan minggu lalu ingin menebus semula kesilapannya. Pada perlawanan yang lalu di Padang End Field, Afifi kelihatan lebih banyak bermain handphone dari bermain bola kerana staminanya yang tidak fit. Situasi ini mendapat kritikan dari pemain paling cemerlang Rijaluddin bin Abdul Manaf yang telah berkata "ni datang nak main bola ke main phone?". Kecewa dengan kritikan Rijal, Afifi berusaha untuk menganjurkan perlawanan seterusnya.
Berikut adalah mesej yang dihantar oleh pengarah kepada setiausaha perihal penangguhan mesyuarat Bil. 03.
Mesej penangguhan mesyuarat Bil. 03 dari pengarah program, Radhi Abdul Rahman. |
Gempar! Che Wan Ber-Bekam Sebagai Persediaan Kahwin
Menurut sumber-sumber sahih yang telah dikenalpasti. Seorang individu lelaki berumur 31 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Syafwan Che Mustapha (Che Wan) telah mendapatkan khidmat bekam dari sebuah syarikat Bekam-Man. Tindakan ini dipercayai merupakan persediaan beliau untuk melangkah ke alam perkahwinan. Sebelum ini Che Wan telah mendedahkan bahawa beliau bakal mengakhiri zaman bujangnya di Pasir Puteh, kelantan pada 12 Disember 2021. Tarikh 12/12 ini dipercayai dipilih kerana bersamaan dengan jualan akhir tahun Shopee.
Laman Bekam-Man telah memuat-naik satu komen berbunyi:
"Darah kotor sudah keluar, tinggal darah manis sahaja."
Manakala seorang netizen bernama Ahmad Yusuf Razali telah menaikkan komen lawak separa hambar berbunyi:
"Boleh bluetooth kan sikit darah tu kepada Umair Suhaimi".
Terdahulu Bekam-Man telah menaikkan sebuah hantaran:
InsyaAllah Team Bekam-Man akan memberi perkhidmatan bekam yang terbaik untuk anda. Pasti puas hati ❗❗
Bekam memberi kelegaan dan mencegah dari penyakit-penyakit yang merbahaya dengan izin Allah
-
Jom berbekam dengan Bekam Man
Bekam-Man sedia Ke rumah anda
✔️ IPOH
✔️ SIMPANG RENGGAM
✔️ PETALING JAYA
Hubungi BEKAM-MAN untuk info lebih lanjut
📞 www.wasap.my/60169895583/BekamMan
📞 www.wasap.my/60169895583/BekamMan
Perkhemahan Tingkatan-2 MATRI di Wang Mu, Perlis Tahun 2004
Berikut adalah gambar-gambar kenangan perkhemahan Batch-13 MATRI di Wang Mu, Perlis pada 04 April 2004. Gambar ini merupakan perkongsian koleksi dari Ahmad Afifi bin Zakaria.
Khalilullah Amin Menimang Cahaya Mata Ke-2
Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.
Seluruh warga Batch-13 MATRI ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Khalilullah Amin bin Ahmad, pensyarah di Kolej Universiti Islam Perlis atas kelahiran anak kedua beliau pada hari Rabu, 1 Disember 2021. Kami mendoakan anak beliau membesar dengan sihat dan tidur nyenyak di malam hari. Semoga seluruh warga Batch-13 MATRI dapat bertemu dengan bayi ini nanti di Teluk Senangin, Perak.
Gambar di hospital yang dikongsikan oleh Khalilullah Amin. |
Berikut merupakan bingkisan berita kelahiran anak yang dikongsikan oleh beliau sendiri.
Isteri saya selamat melahirkan anak kedua (perempuan) secara normal seberat 3.22 kg pada jam 7.25 malam tadi. Alhamdulillah. Nabi Muhammad SAW pernah berdoa buat cucunya al-Hasan dan al-Hussain dalam riwayat Imam al-Bukhari:
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala gangguan syaitan, binatang berbisa dan gangguan pandangan mata jahat (sihir) yang menimpa kesakitan (musibah) ".
Semoga anak ini sentiasa menjadi qurroh `ainin dalam keluarga. Solehah dan muslehah.
Mohon doakan ya.
#MyJourneyPhD
#1Disember2021
Objektif utama karya ini adalah untuk membangkitkan semangat untuk program yang Reunion 2022 di Teluk Senangin nanti, "Road to Teluk Senangin".
Berikut adalah gambar aktiviti ketika Reunion 2014.
The post-game picture |
KUALA LUMPUR, 14 November 2021: Pautan Alumni MATRI ke-13 di kawasan wilayah tengah telah mengadakan perlawanan persahabatan acara bola sepak 6-7 sebelah di Pandang Endfield, Bandar Utama. Padang Endfield telah ditempah oleh Ahmad Bashier kerana ketiadaan Pandang Trafford Lama di Kuala Lumpur. Hebahan telah dibuat seminggu sebelum tarikh perlawanan untuk menjemput ahli-ahli alumni yang menetap di wilayah tengah.
Kehadiran Mengejut
Dengan kehadiran lebih kurang 16 orang, acara bola sepak
berlangsung dengan jayanya. Kehadiran Tuan Hilmi Abd Razak, Dr. Afiq Fawwaz dan
Azaruddin mengejutkan para hadirin kerana mereka masing-masing daripada luar
kawasan wilayah tengah. Tuan Hilmi berkata, beliau berada disini kerana bakal
berangkat ke Turki pada malam tersebut untuk mejalankan tugas beliau selaku CEO
Syoknya Travel. Dr. Afiq hadir dengan senyuman lebar kerana dalam mood cuti setelah
sekian lama berkhidmat.
Attendance First, Play Ball Second
Walaupun ini adalah perlawanan persahabatan, namun objektif utama bukanlah hanya untuk bersukan. Kehadiran masing-masing dapat menjejak kembali kasih antara rakan-rakan. Tuan ‘Afif hadir dengan knee
braces di lutut kiri beliau. Sempat beliau kongsikan kisah yang mana beliau
terlibat dalam kemalangan motosikal dalam usaha cuba mengelak sebuah Pajero
yang berputar dihadapan beliau ketika hujan lebat dia Mont Kiara. Ayuh bersama
mendoakan kesembuhan kepada beliau. Tuan Anas Norkefli, yang hadir bersama
‘Afif, pada pandang pertama sukar mengenal pasti beliau kerana kelainan yang
ketara pada rambut beliau.
Play Ball Guys!
The one and only
Ahmad (aka Ahmad Sahaja) hadir bersama anak beliau. Beliau datang dengan meyarungkan
jersi TH properties bernamakan “Abah”. Beliau adalah Abah sebenar kita bagi
ahli Alumni MATRI ke-13. Sepanjang perlawanan, bekas penjaga gol MATRI bagi
tahun 2003-2007, Radiologist Afifi Zakaria telah mengorbankan dua pasang kasut
bola yang mana tapak kasut beliau tercabut akibat larian dan sepakan yang
disimpan sepanjang PKP 2 tahun. Tuan Saiful “Mesut” Islam juga tidak lekang
dengan kemahiran membawa bola. Satu insiden berlaku di mana beliau secara tidak
sengaja menyepak manja bola terkena kepada anak Tuan Ahmad Abd. Hadi. Insiden Berjaya
di selesaikan dengan secara damai dan kegembiraan.
The Butcher, Tuan Syahmi Rosle hadir bersama motosikal
berkuasa besar beliau dengan punchline “Fresh Meat”. FA, Tuan Nazrin Nasser
juga hadir bersama Syahmi dengan rombongan motosikal daripada hujung Bangi.
Tuan Syahmi juga menceritakan bahawa saudara Himi Azhari sudah dua kali
menempah daging Tomahawk. Bagaimana Hilmi Azhari memasak itu, kita kene mohon
beliau membuat siaran langsung melalui Facebook sebagai perkongsian nanti,
untuk menambah content beliau sebagai casual game streamer.
Tuan Faiz dan Tuan Abbas Salimi, yang bermain bersama dalam
satu pasukan, sempat multi-task sambil berbicara hal IT, menyambung kembali
silaturahim dan mengawal di bawah padang sebagai pemain posisi pertahanan.
Kerana ini adalah perlawanan persahabatan, jaringan gol
tidak dikira (kerana penulis berada dalam pasukan yang kalah mungkin?). Tuan Hanif
Hilmi yang cergas dan bermain dengan baik berjaya mengawal kawasan tengah
padang, menyekat segala cubaan jaringan daripada pasukan lawan beliau. Kehadiran
UAM (Ustaz Anas Mokhtar) di akhir-akhir perlawanan telah mengubah paradigma
perlawanan dengan mengatakan pasukan mana yang menjaringkan gol, meraka dikira
menang. Perlawanan berakhir dengan jaringan daripada UAM sendiri, seterusnya
membawa pasukan beliau memenangi perlawanan persahabatan kali ini.
Catching up session; Pic credit to Hilmi Razak |
Pemberitahuan
Perlawanan persahabatan bakal diteruskan pada 5 Disember
nanti bertempat di padang yang sama pada jam 9.30 pagi. Dijemput semua ahli
Alumni MATRI ke-13 untuk hadir. Jika tidak dapat bermain bola sepak, apa
salahnya bersama menyambung kembali silaturrahim yang pernah kita kongsi makan
nasi setalam, atau rebut ayam pada hari khamis di dewan makan atau bersama
duduk di belakang asrama membakar sampah atau hanger.
Pada awal November 2021, negara Malaysia telah digegarkan oleh berita yang begitu penting dalam sejarah dan survival bangsa, berita tersebut adalah perihal seorang pelanggan yang telah dikenakan bayaran sebanyak RM1,196 di sebuah restoran di Langkawi apabila beliau telah memesan seekor Ikan Siakap hidup seberat 7.48 kilogram untuk dimasak 3 rasa. Ternyata selepas makan, Siakap tersebut mempunyai 4 rasa, selepas rasa masam, manis, dan masin, pelanggan tersebut mendapat rasa geram dan memuat naik resit bayaran ke media sosial. Gambar resit tersebut telah menggemparkan negara, berita tersebut lebih gempar dari kekalahan JDT kepada KL City FC.
Seorang penduduk Langkawi, yang hanya mahu dikenali sebagai Firdaus Hashim telah cuba untuk menyelamatkan imej Langkawi dengan berkongsi sebuah berita dari akhbar Kosmo yang bertajuk "Restoran Jual Siakap Lebih RM1,000 Tidak Salah" di dalam sebuah group Whatsapp rahsia. Namun, bak kata pepatah Portugis, bagai mencurah air ke daun ketum, berita tersebut tidak dapat memadam komen-komen kritikan netizen. Langkawi yang sebelum ini mendapat nama jolokan Pulau Legenda kini dikenali sebagai Langkawi Darul Siakap Mahal.
Seorang ahli Batch-13 MATRI bernama Hilmi Azhari yang terkesan dengan berita ini telah turun padang sendiri ke Langkawi untuk mencari Ikan Siakap. Beliau berharap dapat menangkap Ikan Siakap dan menjualnya dengan harga yang mahal bagi menampung kos operasi bisnes tanaman cili beliau di Kampung Abi Tok Hashim. Hilmi terkenal di kalangan warga UniMAP dan Kampung Abi Padang Melangit dengan nama samaran "Aloi". Nama ini diberikan kepadanya kerana wajah beliau yang mirip dengan tokoh yang bernama Yap Ah Loy yang mana gambarnya terdapat dalam buku teks sejarah Tingkatan 1. Aloi juga merupakan seorang survivor kepada penyakit Talesemia dan kerap dijemput media tempatan dalam memberi kesedaran pada masyarakat perihal penyakit tersebut. Semasa di sekolah, Aloi telah menubuhkan kelab kajian biologi bernama "Streka Belalang" bersama Ahmad Bashier, Ihsan, Hanif Yahya, dan Ikrimah.
Gambar Aloi semasa Tingkatan 1. |
Namun, ibarat kata-kata terkenal oleh Max Zukerberg, malang tidak berbau. Usaha Aloi untuk menangkap Ikan Siakap di Pantai Cenang, Langkawi tidak membuahkan hasil. Kerana begitu sedih beliau telah meluahkan perasaannya di sebuah group Whatsapp rahsia. Pada mulanya, keluhan beliau langsung tidak dipedulikan oleh ahli kariah yang masih sibuk melihat tweet terbaru Tengku Mahkota Negara Selatan yang baru menerima kekalahan. Namun tidak lama selepas itu beliau telah dipujuk oleh Firdaus Hashim.
"Kita tak dak, kawan ayah ada la dok guna bot. Ayah pi mengail tengah laut. Lama dah tak pi tengok. Bot tu parking dekat Pekan Kuah tu ja. La dok area mana tu? Oo, tak jauh dah dari rumah ana. Biasa la pembangunan katanya. Jom mai rumah malam ni, kita makan western depan rumah, kambing grill dia sedap, mash potato buat sendiri terbaik. Kira dekat la tu kalau Langkawi. Ikut la no offense Mat Saleh kata. Rasa-rasa nak mai habaq dulu na bawak mai siakap mengail siap-siap, kita pi bakaq kat pondok atas bukit. Lagi satu, habaq siap-siap, la ni cuaca Langkawi tak menentu orang pun tak turun laut sangat. Ribut sama kat laut tu kadang-kadang" kata Firdaus cuba memujuk.
Walaupun berkali-kali diajak oleh Firdaus, Aloi tetap tidak mahu datang ke rumah beliau. Beliau memberi alasan bahawa beliau datang dengan "kawan". Walaubagaimanapun, pihak kami tidak dapat mengesahkan jantina dan identiti "kawan" beliau tersebut.
Gambar lokasi Aloi memancing di Langkawi yang dikongsikannya di sebuah Group Whatsapp rahsia. |
Setelah sekian lama, sahabat-sahabat Batch-13 MATRI lain cuba memujuk Aloi yang menangis kerana sudah tiga hari memancing namun tidak mendapat apa-apa ikan.
"Boleh dak buat trip mengai Batch-13, Aloy la tekong" kata seorang pegawai perubatan dari Shah Alam bernama Afifi Zakaria.
"Buat bom ikan... Hahaha" kata Izzat, seorang bekas pemain Pasukan Bola Baling MATRI yang juga merupakan peminat Erra Fazira satu ketika dahulu. Beliau gelak sendirian atas lawaknya yang hambar.
"Umpan tak power" kata Syed Ahmad Fathi, seorang wartawan yang serius dan berintegriti.
Aloi terus menangis kecewa. Tiada kata-kata dapat mengubat hatinya lagi. Ibarat Bukit Tunjung yang kini kering dan layu, hatinya juga begitu, tidak lagi hijau dan rimbun. Selepas beberapa hari tidak berjaya mendapatkan apa-apa hasil di Langkawi, Aloi mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya di Lorong 6 di Perlis bagi menyiram dan membaja tanaman cilinya. Sama-sama kita doakan agar satu hari nanti, Aloi akan berjaya mendapatkan seekor ikan semasa memancing di Langkawi. Ameen Ya Rabbal Alameen.