Tahniah kami ucapkan kepada sahabat kita , Abdullah Affan yang telah selamat menyulam kasih dan cinta dengan pernikahan yang sah bersama pasangannya Nur Hawa. Sungguh Islam memandang perkahwinan sebagai suatu perkara yang sangat penting dan tidak dapat dipisahkan dari Islam.
Dari Anas bin Malik radiallahuanhu katanya Rasulullah SAW bersabda :
"Jika seorang bernikah , maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya . Kerananya bertakwalah kepada Allah pada separuh yang lain." ( HR Bukhari , disahihkan oleh Al-Bani)
Kami doakan pasangan Affan dan Hawa dapat membina baitul muslim sebaiknya dan semoga dapat juga menjadi baitul dakwah yang bakal membekalkan ummat ini dengan putra dan putri Islam yang bakal menguatkan lagi Ummah.
Alhamdulillah majlis di Sungai Petani pada 14 Ogos 2013 dapat di hadiri oleh beberapa wakil dari Batch 13 MATRI. Mas'ul batch Muhammad Radhi bin Abdul Rahman yang tidak dapat menghadiri majlis kerana urusan kerja sempat memberi ucapan melalui laman facebook rasmi beliau dengan ucapan :
"Tahniah & Barakallahulaka , wa barakallahu alaika , wa jama'a bainakuma fil khair untuk Abdullah Affan dan Isteri."
Kami harap sahabat-sahabat lain dapat terus fokus dan alert terhadap perkembangan-perkembangan baru dan sensasi pasangan-pasangan baru yang akan diupdate oleh Biro Gossip Batch 13 , Abdullah Luqman Bin Osman (ALBO).
{ Petikan dari Ceramah Cikgu Azmi Bahari Keimanan dan Kehidupan pada 2 Januari 2013 } Dialah zat yang menciptakan langit dan bumi, sempurna dengan segala isinya. Dialah zat yang menciptakan kita, sempurna dengan organ tubuh dan fungsi-fungsinya. Dialah zat yang menghidup dan mematikan makhluk. Dialah zat yang menjamin rezeki kita. Dialah zat yang mengawal langit, bumi dan seisinya. Dialah zat yang menutupi keaiban kita. Dialah juga zat yang empunya neraka dan syurga.
Tiada yang lebih penting daripada Allah s.w.t. Walaupun manusia kerap kali hanya memberikan "sisa" kepada-Nya. Ingat kepada Allah s.w.t, hanya 'sisa' dari ingatan-ingatan kita pada urusan dunia. Sujud kepada Allah s.w.t, hanyalah sisa dari pekerjaan dunia. Sujud kepada-Nya ternyata masih kalah dibandingkan urusan-urusan dunia. Sedekah hanyalah sisa dari wang gaji dan belanja. Membaca Al-Quran pun hanyalah sisa dari membaca majalah, novel, internet dan facebook. Mengingat dan menyebut nama Allah s.w.t, hanyalah sisa dari mengingat dan menyebut nama teman, kekasih dan manusia.
Padahal langit, bumi, apa yang ada di antara keduanya beserta segala isinya adalah milik Allah s.w.t. Malah, kita mempelajari ilmu tentang Allah s.w.t pun hanyalah sisa dari aktiviti kita belajar ilmu-ilmu keduniaan. Perhatikanlah diri kita yang terhuru hara belajar ilmu matematik, fizik, bahasa, bisnes dan lainnya hingga memperoleh segulung ijazah. Bahkan ditambah pula dengan pendidikan Master dan PHD. Begitu seriusnya kita mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Namun, kita tidak seserius itu belajar ilmu untuk memahami ke-Esaan Allah s.w.t.
Inilah sumber masalah kita. Kita belum mengenal Allah dengan benar dan baik. Inilah yang menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dalam hidup kita. Hidup tak tenang, gelisah, sedih dan ketakutan. Inilah akibat jika tidak mengenal Allah dengan baik dan benar.
Sedangkan jika kita mengenal Allah s.w.t dengan baik dan benar, maka kita akan menjalani hidup jauh lebih tenang dan aman. Memang gelisah dan sedih akan menyinggah waktu demi waktu, kerana. Itu adalah sebahagian daripada kemanusiaan kita.
Tetapi gelisah dan sedih itu bukan kerana urusan dunia. Tetapi rasa gelisah dan sedih kerana hati tidak dapat berhubung dengan Allah s.w.t. Gelisah dan sedih kerana kita tidak pulang kembali kepada keredhaan-Nya.
Inilah masalah besar kita. Kita tidak serius dalam mengenal dan mendekati Allah s.w.t. Kita lebih serius kepada wang, lebih serius kepada FB, lebih serius kepada gelaran, lebih serius kepada orang sana sini, daripada serius kepada Allah yang menghidupkan kita lagi sehingga sekarang. Dialah Ar-Razak, yang maha memberi rezeki. Dialah Ar-Rahim, yang maha mengasihani hamba-hambnya. Belajar tentang Allah kita tidak serius. Ingin lebih dekat dengan Allah juga kita tidak serius. Inilah sumber segala masalah dalam hidup kita.
Kita tidak serius dengan Allah s.wt. !
Persatuan Lepasan MATRI (PLM) adalah gagasan perjuangan Lepasan Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah untuk menjulang MATRI setinggi-tingginya berasaskan visi "Ulama Pewaris Nabi."
Tarikh: 6 April 2013
Tempat: Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysi Gombak (UIAM)
Tentatif:
8.00am: Sarapan dan Pendaftaran
9.00am:
- Ucapan Pembukaan
- Slot 1: "Asy Syabab Wa Taghyir: PLM sebagai Agen Perubah Masyarakat" oleh Cikgu Mohd Abdoh b. Zainal Abidin
10.30am: Minum Pagi
11.00am:
- "Pembentangan Carta Organisasi Baru & Perancangan Stratregik:
1.00pm: Solat Zohor dan Makan Tengah Hari
2.30pm:
Forum - "Tarbiyah Merentasi Kehidupan"
Moderator: Dr. Azrul Aminur Rasyid Yunus
Panelis 1: Imam Muda Asyraf
Panelis 2: Ustaz Mohd Najib
Panelis 3: Dr. Syarifah Nurul Hidayah bt. Syed Murzaki
4.30pm:
- Pelancaran "Tabung AJRUN PLM"
- Persembahan puisi oleh Hilal Asyraf dan Ameen Misran
- Majlis Penutup
5.00pm: Bersurai
Yuran:
Pelajar - RM20
Sudah bekerja - RM40
Maklumat pendaftaran
Kepada para PLM yang dikasihi, untuk mendaftarkan diri di program Wacana PLM 2013, anda dikehendaki:
1) Mendaftarkan diri terlebih dahulu sebagai ahli PLM di link berikut: http://plm.matri.edu.my/v3/pendaftaran-ahli/
Jikalau sudah berdaftar, sila terus ke arahan ke (2)
2) Sila buka link berikut dan "check-in" untuk lengkapkan pendaftaran: http://plm.matri.edu.my/wacana13/checkin.php
Alhamdulillah..baru2 dapat chance tgok match bola Msia vs Singapore..:) Bila msuk stadium,tgok ceruk2 stadium BJ..terpikir satu peluang yg hebat. Ana terpikir satu program utk batch kita. Kita gempur SNBJ buat kutipan utk Gaza. Masa match semifinal ( 9 atau 13 Disember nanti ) Venue tak tau lagi. Harga tiket RM 40 masa semifinal nanti.Final x konfem lagi..:) Jadi ana nak offer n ajak shbt2 yg ana kasihi smua untuk join. Ana akan setelkan bab2 pengurusan ( pihak stadium , duit transport ikut , tiket free dsbnya berdsarkan sponsorship kita dapat ). Ana bukak peluang nih sampai pkul esok,3hb Disember pkul 1200 mlm utk sapa nak join projek nih. Roger atau SMS ana ya. Jom sebarkan kt sahabat2 kita ya. Sapa yg x mai,bleh jadi sponsor utk bab2 pengurusan...:) Jom Mengaum utk Gaza..:)
Walaubagaimanapun, Ustaz Dahlan tetap ingin berkongsi dengan kami,
"Tahniahlah antum semua dapat berkumpul sekali. Syabab2 seperti antum memang kena selalu berkumpul."
"Apa2 pun, setiap kerja2 kita mesti ikhlas kerana ALLAH."
"Tengok lah relawan2 kita yang misi menghantar bantuan ke Ghaza. Dengan keikhlasan depa, musuh2 ALLAH semua takut. "
Ustaz Dahlan tergelak kecil.
"Sampai relawan sergah pun depa takut lari"
"Sampailah komando depa yang mai."
Kami semua kagum dengan Ustaz. Walaupun sakit, mentertawakan Zionist adalah perkara yang utama.
"Ok lah no..Ustaz takut makin sakit ni. Takpa, Ustaz 2 ni akan ganti ustaz bagi tazkirah.Depa pun hebat2 jugak ni.."
Ustaz ada mengadu kepada kami,
"Ustaz pun tak berapa lalu nak makan. Pagi tadi pun makan buah tamar dengan kacang putih ja" Haha. Ustaz tergelak kecil. Kami melirikkan senyuman. Ustaz2. Dok mengadu sakit pun sempat ketawa.
Ustaz Dahlan pun beredar pergi selepas memberikan salam kepada kami.
Merasai dan dapat duduk bersama dalam lingkungan tarbiyah merupakan satu nikmat yang besar. Walaupun mungkin pada mulanya hati tidak memilih untuk menerima tarbiyah namun sedikit sebanyak jika dipilih Allah untuk berada dalam suasana tarbiyah kita dapat merasai kemanisannya. Nikmat tarbiyah itu tidak dapat difahami hanya dengan perkataan-perkataan atau tulisan-tulisan. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang melalui tarbiyah itu sendiri. Seperti kemanisan ukhuwwah dalam bulatan usrah , sukar difahami bagi mereka yang duduk di luar bulatan itu dan tidak pernah melaluinya. Namun ada nikmat yang lebih besar dari itu. Yang mana Allah kurniakan kepada beberapa hamba yang dipilih olehnya dari kalangan orang yang mendapat tarbiyah tadi. Setelah melepasi satu pilihan kita akan melalui satu pilihan lagi. Ia adalah nikmat 'istiqamah dalam tarbiyah'. Ada dikalangan kita yang beruntung , merasai nikmat tarbiyah dan kefahaman terhadap Islam yang syumul sejak dari bangku sekolah. Bahkan ada yang mendapatinya sejak dari tadika atau pra-tadika. Ada juga yang dipilih Allah untuk merasainya di IPT baik dalam dan luar negara. Beruntunglah mereka yang dipilih Allah kekal istiqamah di dalamnya selepas itu. Walaupun mereka tidak lagi terikat dengan sekolah atau universiti hati mereka masih basah dengan iman . Terus memilih untuk bersama didalam jalan yang sukar dan panjang. Mungkin ada diantara kita menganggap sudah cukup apa yang kita lalui. Atau tidak perlu kita meneruskan usaha mentarbiyah orang lain kerana sudah banyak yang melakukan kerja ini. Kita merasakan kita sudah di tempat yang selesa. Bahkan lebih teruk mungkin ada yang merasakan Islam mereka telah sempurna. Jika ada yang berfikir untuk meninggalkan tarbiyah yang dibawa Rasulullah ini ketahuilah bahawa Allah tidak memerlukan kita. Allah Maha Agung dan Maha Kaya tidak memerlukan qiyam kita , puasa kita , sedekah kita , jihad kita atau ketaatan kita. Allah tidak memerlukan kita , tetapi kitalah yang memerlukan Allah. Tarbiyah juga tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan tarbiyah. "Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk." (Al-Ankabut : 6 ) Sama-sama lah kita bersungguh-sungguh berdoa agar ditetapkan hati dalam ketaatan. Diteguhkan iman dan keyakinan dalam melalui jalan tarbiyah dan kehidupan yang panjang ini. Wallahualam.
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda
( kebesaran ALLAH ) bagi orang yang berakal ( iaitu ) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri , duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
( seraya berkata ) ,
'Ya Tuhan kami , tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia - sia , Mahasuci Engkau , lindungilah kami dari azab neraka ".