Assalamualaikum.
Apa khabar sahabat-sahabat? Harapnya semua sihat fizikal dan iman. Bagi yang sedang berkerja diharap pekerjaan antum bukan hanya penat lelah untuk gaji semata-mata . Semoga penat lelah itu di balas juga di akhirat nanti dan mendapat redha ilahi. Bagi yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan semoga usaha antum juga tidak hanya dibalas dengan pointer yang tinggi tapi ia dapat dibawa sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan amal kebaikan kita Inshallah. Bagi yang sedang bersiap untuk melangkah ke alam perkahwinan diharap perkahwinan antum bukan sahaja membawa kebahagiaan di dunia tapi terus bahagia juga di akhirat nanti. Ameen.
Ketahuilah sahabat yang dikasihi jika kita bersedia untuk pergi ke tempat kerja kemungkinan tempat kerja terjadi kebakaran dan kita tidak dapat berkerja di hari tersebut. Atau kita bersedia untuk peperiksaan kemudian terjadi banjir dan peperiksaan dibatalkan. Atau untuk berkahwin kemungkinan kemalangan berlaku kepada pasangan kita yang menyebabkan perkahwinan terpaksa ditunda atau ditangguh. Semuanya tidak pasti. Tetapi sahabatku yang dikasihi ketahuilah sekiranya kita bersedia dan bersiap untuk mati ketahuilah bahawa mati itu pasti.
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" (Ali-Imran:185)
Tiada siapa yang terlepas dari kematian. Seorang raja yang mempunyai jutaan emas , kekuasaan , bala tentera dan harta akhirnya tetap akan mati di mamah bumi. Doktor yang berkerja dihospital cuba menyelamatkan nyawa-nyawa manusia yang sakit juga akhirnya tidak juga dapat menyelamatkan dirinya dari mati. Akhirnya dia akan kaku tidak bernyawa.
Sahabat yang disayangi ketahuilah syarat untuk mati bukanlah sakit. Bukan kanser , denggi atau malaria. Berapa ramai orang yang menemui ajal ketika sedang sihat. Kemalangan kereta dan sebagainya.Syarat untuk mati juga bukanlah tua. Berapa ramai insan yang menemui ajal saat usia belum lagi menjangkau 20-an. Ketahuilah untuk mati syaratnya adalah bernyawa. Kita semua memenuhi syarat tersebut.
Kita tidak dapat lari dari mati tetapi kita dapat bersedia menghadapinya. Kita dapat meningkatkan amalan kita. Sentiasa berusaha menjaga diri , menjaga iman agar saat maut tiba iman teguh di dada.
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati" (HR Ibnu Majah)
Sahabat yang dirindui , sekiranya terasa diri masih jauh dari Allah dan ingin berubah lakukan lah sekarang. Sekiranya hendak melazimi bacaan Qur'an mulailah sekarang. Sekiranya mahu sentiasa berjemaah di Masjid mulailah sekarang. Ingin menambah sedekah hulurkannya sekarang. Hendak memohon ampun dan maaf pohonlah sekarang.Jangan bertangguh kerana mati boleh menjemput kita bila-bila masa. Jadilah orang yang cerdik dengan sentiasa mengingatinya. Sama-sama kita menyiapkan diri.
"Tidak akan bergerak kaki anak Adam pada hari kiamat disisi Rabbnya sehingga dia ditanya akan 5 perkara . Tentang umurnya kemana di habiskan , tentang masa mudanya apa yang di usahakan , tentang hartanya bagaimana diperolehi dan dibelanjakan , dan tentang ilmunya apa yang telah dia amalkan." (HR Tirmizi)
Wallahualam.
Saya bagi dia botol, dan saya buka tutup tudung botol tu. Banyak kali saya buat.
Then dia pon nak cuba jugak. Dia tepuk2 tudung botol tu. Saya pegang tangan n jari dia, saya pusing2 kat tudung botol tu sampai terbuka. Lama2 dia dah pandai pusing dah tudung botol tu.
Cuma satu direction saja dia pandai pusing. So kalau nak buka tudung botol, dia kena guna tangan kiri saja. Saya biar dia main sorang2.
Tiba2 tudung terjatuh ke lantai kereta. “Eh umi, Aniq pandai bukak tudung botoi dah. Cepat dia blajaq”…
Jangan underestimate bayi taw. Mereka memang cepat belajar. So jadilah ibu-bapa yang sangat perihatin, berakhlaq mulia dan berilmu tinggi. Kerana mereka akan ikut setiap tingkah laku kita. Didik anak2 dengan baik. Jadilah ibu bapa yang baik, InsyaAllah anak2 pon akan jadi soleh "
Sumber : http://isshokemmei.wordpress.com
"Lidah yang asyik berkata-kata tanpa henti, tidak akan sempat mendengar kata-katanya sendiri."
Mendengar itu sangat indah
Ilmu di dada bisa bertambah
Biar lidah anda rebah
Namun hikmah terus bercambah
Hati tidak hinggap resah
Sekali sekala baru bermadah
Satu huruf dari lidah
Siapa mendengar terpaksa mengalah
Luqman al-Hakim namanya megah
Setiap celaan baginya murah
Hati dan akal begitu cerah
Budi bicara penuh hikmah
Jika singa datang menyergah
Telinga juga mencari arah
Tika itu lidahmu pasrah
Baru tahu langit tinggi rendah
Dengarlah pesan walaupun parah
Pesan menjadi anugerah
Lidah kita sama merah
Simpan dahulu sebelum berhijrah
Memang lidah pasti menjelajah
Tapi kita bukan penjajah
Memang jalan kita berwasilah
Wasilah kita penuh hikmah
Ditujukan khas kepada sahabat-sahabatku juga mereka yang bercita pada hikmah ^.^

"Kita adalah umat yang telah ALLAH berikan kemuliaan dengan Islam , maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam , ALLAH tetap menjadikannya sebagai kehinaan."
Inilah kata-kata yang diungkapkan oleh khalifah Umar Al-Khatthob.
Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini?
Bilakah Umar menyusun perkataan ini?
Umar mengatakan ini pada ketika peristiwa yang mulia dan besar dalam sejarah Islam iaitu, pembukaan Kota Baitul Maqdis . Beliau mengatakan ungkapan ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis , mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis yang telah diabaikan kerana mengabaikan Islam
Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis .
Ketika orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang namanya telah mengoncang dunia , yang jika nama Umar disebut di Majlis Kisra dan Kaisar , maka kedua-dua raja ini hampir pengsan mendengarnya , kerana takut.MashaALLAH!!

Sahabatku baru sahaja pulang dari tanah suci Makkah al-Mukarramah
Kepulangannya ku sambut meriah
Bertanya khabar berkongsi cerita
Keakraban tidak melupakan sahabatnya ketika di sana
Sempat membeli barang buat kami di sini
Namun aku menemui sesuatu yang lebih berharga
Khabar gembira dari bumi sentosa Mekah
Dikongsikan bersama
Pasti aku kongsi bersama kalian
Suatu ketika dia termenung ke arah Ka'bah
melihat ke suatu sudut tersergam indah
itulah Hajarul Aswad
Pantas memikirkan cara untuk mengucup batu syurga
Selesai memikirkan caranya, dia lalu beredar
Keesokan harinya
Tahulah dia akan ketentuan tuhan tetap berlaku
Dia sangka dapat tapi Allah lebih bijak menyusun diari hamba
Walau terpaksa akur dengan kehendakNya
Siapa yang tidak rindu pada harumnya syurga
Keesokan harinya dia merenung ke arah Hajar Aswad
Hatinya kemudian berbisik
Terlalu ramai yang inginkan harumannya
Tidak mengapalah jika begitu
Tak dapat pon tak apa
Tapi siapa tahu, izinNya tidak mampu dihalang
KataNya tak layak dibantah
Keesokan harinya
Walau hati sudah beralah
Tuhan tetap menginjak kaki menuju batu syurga
Sempat menciumnya
Sungguh
Sungguh benar
Sungguh agung KeesaanMu YaAllah
Jangan sangka perancangan kita pasti jadi
Sebaik mana pon kerangkanya
Terbaik mana pon kuda dan pedangmu
Jika Dia mengatakan tumbang, tetap gugur
Pasti akan gugur jua
Siapa kita hendak menetapkan urusan
Jangan sangka musuh yang kuat itu
Pasti mengalahkanmu
Kau lupa atau kau sudah hilang ingatan
Jika Dia mahu, seluruh pelosok dunia pasti beriman
Tapi Allah Maha Bijaksana
Dia serahkan tugas bagi kita
Supaya kita terus berusaha
Dan juga terus berharap padaNya
KepadaNyalah segala urusan dikembalikan
Bukan beriman pada perancangan
Di Mekah
Semuanya berlaku pantas
Yang angkuh terus takut lalu menjadi rendah
Yang rendah merasa dekatnya Tuhan
Semuanya percaya bahawa Mekah itu dekat dengan Allah
Rumah Allah yang mudah mengabulkan doa
Tapi jangan lupa masjid kita di sini
Juga hadiah dari Allah
Tempat kita memohon segalanya
Juga jangan dilupakan begitu saja
Kita masuk masjid al-Haram kita hormat segalanya
Kita jaga dari maksiat
Bila kita masuk masjid kita di sini
Kita tetap perlu yakin, doa kita pasti terkabul
Dan bila kita melangkah keluar dari masjid,
Memang kita keluar dari rumah Allah
Tapi kita masih kekal di bumi wakafan
Bumi milik Rabbal 'Alamin
Dimana saja kita berada tetap perlu jaga
Tetap usaha
Tetap yakin dengan janjiNya
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk agama Allah secara berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, dan beristighfarlah. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat."
Semoga iman kita terus meningkat sebelum menghadap Yang Maha Tinggi
Maha Besar
Maha Agung
Khabar gembira
Khas buat jiwa yang derita
Menanti hadiah istimewa
Inilah nikmat dari Maha Penguasa

Takziah
diucapkan dari kami Alumni lepasan MATRI ke 13 kepada keluarga adik-adik kami di Matri, Perlis diatas kemalangan yang
menimpa mereka yang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mangsa yang terlibat dan memberi kesabaran kepada yang kehilangan. Kehilangan mereka meyakinkan kita bahawa kematian tidak mengenal usia.Mereka telah pergi dan kita bakal menyusul.
Senarai yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali - Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Petikan berita Star Online:
PADANG BESAR: Tiga termasuk dua pelajar sekolah
agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang
pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping, Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.
Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma'ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.
Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.
Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.
Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu.
Seorang pelajar, Zulfadhli Rodzi, 14, berkata ketika menghampiri kilang itu, sebatang pokok tiba-tiba menghempap kenderaan mereka menyebabkan pemandu dan dua rakannya terkorban.
Beliau yang duduk di kerusi belakang berkata, mangsa yang cedera ringan keluar melalui tingkap van dan meminta bantuan pengawal keselamatan kilang itu.
Mangsa yang terkorban dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk pada bahagian depan itu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menziarahi mangsa yang maut di bilik mayat HTF pada Ahad. - BERNAMA
Kenyataan rasmi dari Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah.
Gambar-gambar van:

Khusyuk itu tidak terhad sekadar di Masjid
Khusyuk juga bukan hanya di dalam solat
Khusyuk itu ilmu utama
Untuk diketahui pentingnya ia
Khusyuk itu menyempurnakan amal
Memberkati hayat
Merahmati kehidupan
Masa yang panjang terasa singkat
Yang berat terasa ringan
Yang banyak dirasakan sedikit
Khusyuk itu setiap masa
Setiap ketika
Tidak mengira tempat atau suasana
Khusyuk menenangkan jiwa
Mematangkan akal
Jalan selekoh menjadi lurus
Yang rumit menjadi mudah
Yang selerak menjadi terurus
Bukan solat sahaja benih bagi mihrab
Apa guna pohon tanpa buah
Apa guna amal tanpa ada hasilnya
Dan hasil itu datang setelah khusyuk
Khusyuk itu dalam genggaman
Genggaman hamba yang mengingati Allah
Setiap masa
Gambar oleh Umar Muhajir
Dari Abu Hurairah R.A , katanya : " Bersabda Rasulullah S.A.W . " Berkata ALLAH Ta'ala : Apabila hambaKu berniat akan mengerjakan kebajikan , maka akan Kutuliskan satu kebajikan selama niat itu belum dikerjakannya. Apabila telah dikerjakannya , maka akan Kutuliskan sepuluh kali . Apabila ia berniat akan berbuat jahat , maka Aku mengampuni niatnya selama belum dikerjakannya. Apabila niat jahat itu telah dilakukannya , maka Kutuliskan satu kejahatan ; berkata Malaikat : Ya ALLAH! itu hambaMu mahu berbuat jahat! Sedangkan ALLAH sebenarnya lebih mengetahui. Berkata ALLAH : " Amat-amatilah dia! apabila dikerjakannya , tulislah satu kejahatan , dan apabila diurungkannya , maka tulislah satu kebajikan , kerana perbuatan itu diurungkannya sebab takut kepada Aku." Selanjutnya Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila telah baik ke-Islaman seseorang dari padamu , maka tiap-tiap kebajikan yang dikerjakannya ditulis sepuluh kali sampai tujuh ratus lipat kali ganda , dan tiap - tiap kejahatan yang dikerjakannya ditulis sekali saja sampai mati."
Sumber : Shahih Muslim Jilid I , hal. 89 , hadis 87
Setiap hari kita pasti berhadapan dengan situasi untuk memilih sama ada berbuat baik atau berbuat jahat.
Diperhatikan hadis di atas , pasti kita merasa betapa untungnya memilih untuk berbuat baik dalam setiap perbuatan kita.
Yakinlah pada janji ALLAH ini dan rebutlah peluang berbuat baik walaupun dengan seukir senyuman..
InshaALLAH!