Perlawanan persahabatan Gen-13 MATRI (merah) melawan Gen-17 MATRI (hitam). |
Poster perlawanan dari Biro Media Gen-13. |
Skuad Gen-13 MATRI bermula cemerlang dengan jaringan mantap dari Amin Roseli yang membuka jaringan seawal separuh masa pertama. Amin merembat bola dengan kencang seperti Andrei Arshavin dan tidak dapat diselamatkan oleh keeper lawan. Jaringan kedua Gen-13 pula adalah hasil gelecekan cantik Syed Ahmad Fathi yang berjaya melepasi pertahanan lawan ala-ala Cesc Fabregas menjadikan pasukan Gen-13 mendahului 2-0.
Namun keputusan ini tidak bertahan lama apabila pasukan Gen-17 mula mengeluarkan senjata utama mereka, Muhammad Basyar Ridha bin Mustafa Kamil yang mudah menewaskan penjaga gol, Hilmi Razak dan mengikat jaringan dua sama. Dengan membawa jumlah pemain dua kali ganda, dan pemain-pemain yang masih slim, strategi Gen-17 berjaya menewaskan stamina Gen-13.
Aktivis Kebun Komuniti Cinta Lestari (KSL) yang juga merupakan ahli dalam Projek Seni Alir Cahaya, Izzat Ibrahim Shamjudin bermain dengan begitu cekang dengan larian-larian berdesup, namun gerakan beliau tidak berjaya menghasilkan gol kerana ia gagal dibantu oleh Saiful Islam Izraei yang sering memberi alasan tiada stamina. Saiful Islam gagal menggunakan teknik Eren Yeager untuk membantu pasukan. Sementara itu, kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim yang datang lambat juga menjejaskan moral pasukan. Kerana tiadanya strategi yang teratur, pemain pertahanan, Abbas Salimi dan Ahmad bin Abdul Hadi tidak dapat mengekang serangan-serangan dari pasukan lawan. Sementara itu, keeper Gen-13, Afifi Zakaria juga tidak mahu mengorbankan tangannya untuk menepis rembatan-rembatan yang datang.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan gentelan Syahmi Rosle di bahagian tengah. Tanpa arah tuju, Syahmi berpusing-pusing seorang diri sebelum bola terlepas ke pasukan lawan. Apabila bola terlepas beliau beraksi lengai tanpa mengejar semula bola dan membiarkan pasukan lawan menjaringkan gol. Gawang Gen-13 terus dibolosi hasil jaringan Thaqif (2 gol), Syakir, Wan Akmal dan Hurairah.
Pasukan Gen-13 berjaya merapatkan sedikit jaringan hasil gol dari Hilmi Razak yang menggunakan tenaga gelombang chakra yang dikumpulkan di bahagian perut selama beberapa tahun, beliau juga menggunakan strategi curi ayam dan berjaya menjaringkan satu gol. Sementara itu, penjaga gol ke-3 Gen-13, Ustaz Rijaluddin bin Abdul Manaf berjaya mengelakkan gawang Gen-13 dari terus dibolosi. Keputusan kekal 7-3 hingga ke akhir perlawanan.
Pasukan futsal Gen-13 MATRI, tiada dalam gambar Kapten Najmi yang datang lambat. |
Setelah perlawanan tamat, Astainbillah bin Mat Akhir telah datang untuk memberi sokongan. Apabila diajak minum sebentar, beliau memberi alasan yang langsung tidak remaja "weh tak bolehlah lepak, wife aku tunggu dalam kereta, aku keluar dating dari pukul 3 petang tadi, lain kali lah". Manager pasukan, Afifi Zakaria turut menolak untuk berbincang di restoran selepas perlawanan dengan menggunakan alasan anak tak berapa sihat.
Selepas penat bermain, majlis diteruskan dengan sesi Ijtima' Am di Restoran Adam. Semasa majlis sedang berlangsung, Amin Roseli telah diserang migrain, fresh oren yang diordernya tidak berjaya menghilangkan migrain beliau. Beliau akhirnya membeli panadol di 7-Eleven sebelah sebelum membawa diri menaiki motor besar beliau ala-ala Awie Wings. Pelbagai isu telah dibincangkan di Restoran Adam termasuklah gosip-gosip bisnes dan juga hal-hal ukhrawi yang lain. Kapten pasukan, Najmi Abdul Rahim yang pada mulanya mahu balik awal akhirnya rancak bersembang bersama Hilmi Razak di restoran.
Sesi pengisian rohani di Restoran Adam. |
Ketika dihubungi Najmi telah berkata "aku baru sampai rumah jam 12.30 malam, kena marah dengan isteri sebab balik lambat, Fathi la ni punca".
Sementara itu, Ahmad Bashier Nasharuddin, seorang pemain Gen-13 yang jeles kerana tidak dapat menyertai perlawanan persahabatan kali ini telah berkata "fuh Fathi 4 kilometer lari (distance covered) semasa perlawanan, memang work hard, aku pun tak fit maccam ni". - BKK
No comments:
Post a Comment