Kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi, blog Bersama Kita Kongsi kini sedang mencari penulis-penulis baharu dari kalangan alumni Gen-13 MATRI untuk bersama menghidupkan laman blog rasmi alumni. Menurut sebuah poster yang dikongsikan oleh Biro Media, saudara Amin bin Roseli, dengan penglibatan lebih ramai sahabat-sahabat alumni, pelbagai naratif dapat dipersembahkan. Hal ini penting bagi memastikan naratif tidak didominasi oleh seorang wartawan sahaja. Amin Roseli dipercayai menaikkan poster ini kerana beliau sering di-tag oleh Afifi dan Bashier di Facebook untuk menulis berita. Namun disebabkan beliau sedang sibuk membuat baju program, hal ini tidak dapat ditunaikan. Bak kata pepatah Jerman "naya pak karim, tak menang tangan".
Antara kontroversi yang disebutkan adalah penulis blog kurang beretika, "apa tulis camtu, aku tak cakap camtu", "kurang ajar petik nama saya", dan persoalan kenapa boot bola dijadikan bahan berita. Antara kritikan yang paling pedas yang pernah diterima oleh blog ini adalah dari seorang alumni yang mahu identitinya disembunyikan dan hanya mahu dikenali sebagai Awang Perlis yang berkata:
"Blog ini memang celupar, itu saya faham, saya tak merajuk tapi tak syok la apabila saya digambarkan seperti selfish bastard".
Dalam iklannya, saudara Amin Roseli menambah:
"Tulisan, gambar, pengumuman atau iklan syarikat anda, semua boleh dibuat di blog ini. Mari bersama turut serta dalam blog BKK. Kini kisah anda tidak dipinggirkan."
Walaupun beliau kelihatan ikhlas mengajak para sahabat membantunya, namun setakat ini respon yang diterima masih lagi hambar. - BKK
0 comments