Minit Mesyuarat Bil. 01 Reunion Batch-13 MATRI 2022
Pada hari Jumaat bersamaan 19 November 2021 pada jam 9.00 malam telah berlangsung mesyuarat pertama bagi membincangkan penganjuran Program Reunion bagi Batch-13 MATRI. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh setiausaha, En Syed Ahmad Fathi. Walaupun terdapat ahli mesyuarat yang lewat masuk, mereka telah diperingatkan untuk membaca surah Al-Fatihah. Item-item yang dibincangkan adalah seperti berikut.
Tempat
AJK Penempatan, Leftenan Ikhwan bin Zulkifli telah memberi taklimat ringkas perihal tempat dan mencadangkan lokasi pantai di Teluk Senangin, Perak dipilih untuk menjadi tempat program. Hal ini kerana sebelum ini pernah dilaksanakan program bersama staff MATRI dan tempat ini dapat menampung jumlah keluarga yang ramai. Tempat spesifik yang dicadangkan adalah Chalet D'Idaman dan Motel Kamelia. Ustaz Rijaluddin bin Abdul Manaf memberitahu mesyuarat bahawa beliau telah pergi ke Teluk Senangin minggu lepas, "pantai cantik" kata beliau. Isu berbangkit:
Ustaz Syafiy Zakaria membangkitkan bahawa tempat tersebut tidak mempunyai pool mandi. AJK menjawab bahawa kita akan mandi di pantai.
Saudara Hilmi Razak membangkitkan tingkat 3 yang tinggi, penat nak naik. AJK bersetuju untuk reserve tingkat bawah untuk beliau.
Tarikh
Saudara Amin Roseli mencadangkan agar dua tarikh diberi agar dapat dibincangkan dan diputuskan. Ustaz Syafiy Zakaria membangkitkan isu jika hanya dua hari satu malam tidak berbaloi. Setiausaha menjawab bahawa kita akan buat selama 3 hari 2 malam, dan meletakkan program utama ditengah-tengah (sabtu malam) agar semua sahabat dapat turut hadir. Hari yang dipilih adalah Jumaat, Sabtu, Ahad.
Tarikh yang dicadangkan:
18,19,20 Februari 2022
25,26,27 Februari 2022
Prof. Abbas Salimi Zaini akan mengeluarkan poll bagi memutuskan tarikh. Poll ini akan dibuka selama 3 hari.
Cadangan Gabungan Dengan Sahibah Batch-13
Saudara Amin Roseli telah mengkritik pengarah program, En. Radhi bin Abdul Rahman kerana program ini tidak mempunyai objektif. Pengarah menjawab objektif utama program adalah untuk mengumpulkan semula sahabat. Kapten Ikhwan bin Zulkifli memberi pendapat agar sahibah tidak disertakan, ini kerana ia menyukarkan AJK untuk merancang program serta membuat projection bilangan peserta. Mesyuarat telah dengan sebulat suara menolak cadangan gabungan dengan sahibah, reunion akan diadakan antara keluarga sahabat Batch-13 MATRI sahaja. Saudara Che Wan dengan berat hati bersetuju dengan keputusan mesyuarat.
Poll
Pengarah Program, Sr. Muhammad Radhi bin Abdul Rahman mengarahkan Prof. Abbas Salimi memasukkan bilangan anak-anak ke dalam poll untuk membuat anggaran bagi aktiviti.
Baju Program
Mesyuarat bersetuju melantik En. Amin Roseli bagi menguruskan design dan juga bentuk baju program. Beliau mencadangkan baju jenis microfibre. Saudara Firdaus Hashim tidak berpuas hati dengan baju t-shirt dan dengan nada tegas meminta agar baju berkolar disediakan untuk beliau. Mendengar kritikan saudara Firdaus, Saudara Amin telah mengugut untuk left group. Pengarah program, Radhi Abdul Rahman telah membuat lawak hambar untuk menenangkan keadaan, situasi berjaya dikawal dengan taktik ini. Mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan urusan baju pada Amin Roseli.
Aktiviti
Pengarah program, Radhi, mencadangkan aktiviti brainstorming diadakan untuk merancang aktiviti, mesyuarat Bil. 01 perlu fokus pada kerangka awal sahaja.
Setiausaha, En. Syed Ahmad Fathi mencadangkan aktiviti dibawa ke menyuarat Bil. 02.
Mesyuarat sebulat suara melantik Cikgu Abdullah Affan bin Nashiron untuk merangka aktiviti bagi anak-anak selaku AJK Aktiviti. Manakala pembantu AJK Aktiviti adalah saudara Hamizan bin Abdul Hamid dan Saiful Islam Izraei. Aktiviti perlu dirangka dengan memecahkan anak-anak mengikut tahap umur, juga aktiviti berbeza antara lelaki dan perempuan.
Penasihat Syariah, Ustaz Khalilullah Amin bin Ahmad telah mengutarakan sebuah soalan level PhD, "Apakah fasiliti yang ada disana, apakah program indoor dan outdoor yang sesuai untuk dilakukan?". Walaubagaimanapun soalan beliau ini tidak dapat dijawab kerana AJK Penempatan, Saudara Ikhwan Zulkifli telah keluar dari mesyuarat tanpa izin dan notis. Pengarah Program, En. Radhi cuba menjawab, namun mesyuarat tidak yakin dengan jawapan beliau. Soalan ini akan dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat Bil. 02 untuk dijawab AJK Penempatan.
Aktiviti Tukar Hadiah
Ustaz Syafiy Zakaria mencadangkan satu acara tukar hadiah dijalankan. Setiausaha bertanya sama ada hadiah ini hadiah kepada individu atau keluarga? Pengarah telah memutuskan hadiah kepada keluarga, mesyuarat bersetuju. Ustaz Syafiy mencadangkan harga minimum hadiah adalah RM50. Cadangan ini telah ditentang keras oleh Ustaz Rijaluddin bin Dato' Abdul Manaf, beliau membangkitkan bahawa tidak semua orang berkemampuan seperti Pegawai Jabatan Agama, beliau mencadangkan harga minimum RM30. Bagi menenangkan keadaan, Panel Syariah Program, Sohibus Samahah Ustaz Khalilullah Amin bin Ahmad mengatakan bahawa kita letak RM30 sebagai minimum tetapi mana-mana sahabat yang nak beli harga lebih, terpulang, ikut kemampuan dan keikhlasan. Ahli mesyuarat mengangguk bersetuju, keadaan kembali tenang.
Yuran
Saudara Muhammad Syafwan bin Che Mustapha (Che Wan) telah bertanyakan kepada mesyuarat jumlah yuran yang akan dikutip dan bila ia akan mula dikutip? Pengarah mengatakan boleh mula dikutip. Hal ini dibantah Setiausaha yang memberi pecahan yuran. Yuran program akan merangkumi:
1. Penempatan
2. Makanan
3. Aktiviti
Sementara baju program akan dibuka untuk tajaan. Setiausaha mencadangkan yuran ini dibawa ke agenda mesyuarat Bil. 02 kerana masih banyak perkara belum diputuskan.
Pengarah program, Radhi bin Abdul Rahman mencadangkan dibuka tabung untuk membiyai mana-mana sahabat yang mempunyai masalah modal untuk hadir. Mesyuarat bersetuju. Bendahari program, Saudara Syafwan Che Mustapha memaklumkan mesyuarat tabungan Batch masih mempunyai RM1,000 dan mana-mana sahabat yang memerlukan bantuan modal boleh memohon pada beliau. Ustaz Anas Mokhtar (UAM) memaklumkan mesyuarat bahawa beliau akan memohon bantuan.
Saliva Test
Panel Syariah, Ustaz Khalilullah Amin bertanya mesyuarat akan keperluan membuat saliva test sebelum hadir ke program? Setiausaha, Syed Ahmad Fathi bersetuju ia dilakukan terlebih dahulu. En. Firdaus Hashim mencadangkan bekalan test-kit dibekalkan oleh Saudara Mustafa Syawwal bin Ibrahim. Setiausaha menolak cadangan ini kerana ia melibatkan masalah logistik untuk mengepos test-kit ke rumah masing-masing. Saudara Amin Roseli mencadangkan bahawa ia dilakukan secara persendirian dan menambah "ana percaya pada sahabat-sahabat". Mesyuarat bersetuju.
AJK Pendaftaran
Setiausaha program, Syed Ahmad Fathi membangkitkan perlunya ada orang yang menguruskan pendaftaran dan memberi arah apabila peserta mula hadir (first point of contact). Pengarah telah melantik sahabat-sahabat Perak untuk urusan ini. Saudara Umair bin Suhaimi dan Qayyim Izzadin bin Hamdan telah dilantik. Mesyuarat bersetuju.
Lain-lain Perkara
Saudara Afifi bin Zakaria telah membangkitkan keperluan untuk dibuat perlawanan bola padang. Saudara Bashier bin Nasharuddin tidak berapa bersetuju kerana beliau kurang fit, beliau mencadangkan diadakan futsal sahaja.
Saudara Saiful Islam bin Izraei telah membuat kemunculan dan membuka kamera semasa mesyuarat. Beliau memaklumkan bahawa United Kingdom telah kembali ke situasi lockdown. Setiausaha telah memaklumkan pada mesyuarat bahawa beliau yakin dengan kepimpinan YAB Ismail Sabri.
Saudara Firdaus Hashim telah membangkitkan persoalan mengapa sahabat-sahabat doktor tidak hadir mesyuarat. Saudara Afifi bin Zakaria memaklumkan mereka on-call.
Penutup dan Penangguhan
Mesyuarat telah ditutup dengan membaca Tasbih Kifarah dan Surah Al-Baqarah pada jam 11.00 pm. Mesyuarat Bil. 02 akan diadakan pada hari Jumaat (26 November 2021) Jam 9 pm.
Lampiran Gambar Mesyuarat
Setiausaha Program Reunion Batch-13 MATRI 2022.
Pakej USS dari JB/Tune Hotel/M Suite Hotel/Bluewave Hotel/ Suria City Hotel/Hotel Sentral Johor Bahru/Hotel Amansari Express
Pergi USS dengan murah
FB rasmi; www.facebook.com/pakejmurahkeuss
Instagram rasmi; www.instagaram.com/pakejkeuss
No phone dia boleh wazzap/message (013-7498252)
Dia sedikan pakej murah pada SETIAP HARI ke pelbagai tempat dibawah dengan mudah:
Kalau taknak sekali dengan bas pun boleh....just contact them je.
dewasa RM178
kanak RM140
fb:www.facebook.com/pakejmurahkeuss
instagram: www.instagram.com/pakejkeuss
2. Pakej ke Adventure Cove: (jika berminat msg/wassap terus 0137498252)
4. Pakej ke Adventure Cove+Sea Aquaria: (jika berminat contact terus 0137498252)
"Kami sama-sama terlibat dengan Persatuan Usahawan Muda (PUM) ketika berada di tingkatan 4 pada tahun 2006 di MATRI." - FaSya.com
Begitulah bermulanya bibit-bibit percintaan pasangan ini. Ramai juga diantara sahabat yang tidak mengetahui, perkara ini disimpan dengan baik hingga akhirnya sampai ke pelamin pada September 2014.
Akad nikah pasangan dua sejoli ini diadakan di Masjid di Langkawi pada 13 September 2014. Klik disini untuk video. Alhamdulillah beberapa orang sahabat berkesempatan untuk bersama-sama meraikan cinta dan menjadi saksi penyatuan dua insan ini. Antara sahabat Gen 13 yang dapat bersama di detik pernikahan ialah Najmi bin Abdul Rahim (Next on the list), Abdullah Luqman Bin Osman (Albo), Muhammad Ihsan Zakaria (cuba menyorokkan pertunangan tetapi tidak berjaya), Hilmi bin Azahari (Masih sibuk bermain DOTA). Afifi Zakaria (masih rahsia), Umar Muhajir (jadi photographer) dan Firdaus Hashim (kakak kahwin & kenduri sekali dengan Faiz) turut hadir semasa kenduri kahwin.
Kesempatan sebentar digunakan sebaiknya untuk mendapatkan update gossip-gossip terkini yang melanda ahli Gen 13. Kami juga berkesempatan untuk membeli coklat di Haji Ismail Group, berselfie di tepi pantai, dan makan roti canai ayam (rare).
Kami Batch 13 MATRI mengucapkan tahniah kepada Akhi Faiz Syukri atas pernikahan dan mendoakan agar ia menjadi baitul dakwah yang bakal melahirkan lebih ramai insan-insan yang soleh dan solehah. Selamat maju jaya diucapkan dalam pelajaran dan honeymoon di UK.
Gambar- Gambar Reunion Ke-3 Batch-13 MATRI Pada Tahun 2014
Gambar-Gambar di Hari Perkahwinan Hilmi bin Abdul Razak
Tahniah kami ucapkan kepada sahabat kita , Abdullah Affan yang telah selamat menyulam kasih dan cinta dengan pernikahan yang sah bersama pasangannya Nur Hawa. Sungguh Islam memandang perkahwinan sebagai suatu perkara yang sangat penting dan tidak dapat dipisahkan dari Islam.
Dari Anas bin Malik radiallahuanhu katanya Rasulullah SAW bersabda :
"Jika seorang bernikah , maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya . Kerananya bertakwalah kepada Allah pada separuh yang lain." ( HR Bukhari , disahihkan oleh Al-Bani)
Kami doakan pasangan Affan dan Hawa dapat membina baitul muslim sebaiknya dan semoga dapat juga menjadi baitul dakwah yang bakal membekalkan ummat ini dengan putra dan putri Islam yang bakal menguatkan lagi Ummah.
Alhamdulillah majlis di Sungai Petani pada 14 Ogos 2013 dapat di hadiri oleh beberapa wakil dari Batch 13 MATRI. Mas'ul batch Muhammad Radhi bin Abdul Rahman yang tidak dapat menghadiri majlis kerana urusan kerja sempat memberi ucapan melalui laman facebook rasmi beliau dengan ucapan :
"Tahniah & Barakallahulaka , wa barakallahu alaika , wa jama'a bainakuma fil khair untuk Abdullah Affan dan Isteri."
Kami harap sahabat-sahabat lain dapat terus fokus dan alert terhadap perkembangan-perkembangan baru dan sensasi pasangan-pasangan baru yang akan diupdate oleh Biro Gossip Batch 13 , Abdullah Luqman Bin Osman (ALBO).
{ Petikan dari Ceramah Cikgu Azmi Bahari Keimanan dan Kehidupan pada 2 Januari 2013 }
Dialah zat yang menciptakan langit dan bumi, sempurna dengan segala isinya. Dialah zat yang menciptakan kita, sempurna dengan organ tubuh dan fungsi-fungsinya. Dialah zat yang menghidup dan mematikan makhluk. Dialah zat yang menjamin rezeki kita. Dialah zat yang mengawal langit, bumi dan seisinya. Dialah zat yang menutupi keaiban kita. Dialah juga zat yang empunya neraka dan syurga.
Tiada yang lebih penting daripada Allah s.w.t. Walaupun manusia kerap kali hanya memberikan "sisa" kepada-Nya. Ingat kepada Allah s.w.t, hanya 'sisa' dari ingatan-ingatan kita pada urusan dunia. Sujud kepada Allah s.w.t, hanyalah sisa dari pekerjaan dunia. Sujud kepada-Nya ternyata masih kalah dibandingkan urusan-urusan dunia. Sedekah hanyalah sisa dari wang gaji dan belanja. Membaca Al-Quran pun hanyalah sisa dari membaca majalah, novel, internet dan facebook. Mengingat dan menyebut nama Allah s.w.t, hanyalah sisa dari mengingat dan menyebut nama teman, kekasih dan manusia.
Padahal langit, bumi, apa yang ada di antara keduanya beserta segala isinya adalah milik Allah s.w.t. Malah, kita mempelajari ilmu tentang Allah s.w.t pun hanyalah sisa dari aktiviti kita belajar ilmu-ilmu keduniaan. Perhatikanlah diri kita yang terhuru hara belajar ilmu matematik, fizik, bahasa, bisnes dan lainnya hingga memperoleh segulung ijazah. Bahkan ditambah pula dengan pendidikan Master dan PHD. Begitu seriusnya kita mempelajari ilmu-ilmu tersebut. Namun, kita tidak seserius itu belajar ilmu untuk memahami ke-Esaan Allah s.w.t.
Inilah sumber masalah kita. Kita belum mengenal Allah dengan benar dan baik. Inilah yang menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dalam hidup kita. Hidup tak tenang, gelisah, sedih dan ketakutan. Inilah akibat jika tidak mengenal Allah dengan baik dan benar.
Sedangkan jika kita mengenal Allah s.w.t dengan baik dan benar, maka kita akan menjalani hidup jauh lebih tenang dan aman. Memang gelisah dan sedih akan menyinggah waktu demi waktu, kerana. Itu adalah sebahagian daripada kemanusiaan kita.
Tetapi gelisah dan sedih itu bukan kerana urusan dunia. Tetapi rasa gelisah dan sedih kerana hati tidak dapat berhubung dengan Allah s.w.t. Gelisah dan sedih kerana kita tidak pulang kembali kepada keredhaan-Nya.
Inilah masalah besar kita. Kita tidak serius dalam mengenal dan mendekati Allah s.w.t. Kita lebih serius kepada wang, lebih serius kepada FB, lebih serius kepada gelaran, lebih serius kepada orang sana sini, daripada serius kepada Allah yang menghidupkan kita lagi sehingga sekarang. Dialah Ar-Razak, yang maha memberi rezeki. Dialah Ar-Rahim, yang maha mengasihani hamba-hambnya. Belajar tentang Allah kita tidak serius. Ingin lebih dekat dengan Allah juga kita tidak serius. Inilah sumber segala masalah dalam hidup kita.
Kita tidak serius dengan Allah s.wt. !
Jom Pi!