Cerita ini sebenarnya dari facebook . Hanif Hilmi yang share. Tak tahu sumber asal dari mana. Tapi sangat terkesan juga bila baca.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku berpuasa." Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya.
(Hadith Sahih Muslim Jilid 2, No. 1117)
Abu Karimah, nama sebenarnya Miqdam bin Ma'diyakrib, melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata , "Apabila seseorang itu mengasihi saudaranya, beliau hendaklah memberitahu orang itu bahawa beliau mengasihinya."
-Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi-
click gambar kalau nak expand. maaf gambar tak clear. :p
"orang mukmin sentiasa menyibukkan dirinya dalam memuji Allah Taala, hingga dia lupa akan keadaan dirinya, dan menyibukkan dirinya dalam melaksanakan hak-hak Allah hingga lupa akan kepentingan (hak) dirinya sendiri"
--Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari--
--Syeikh Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari--
Assalamualaikum semua... :) tajuk untuk kali nih kita belajar sikit ilmu material science. Saya sengaja pilih tajuk heat treatment sebab saya rasa ada hikmah disebalik ilmu yang saya belajar masa sem tiga dahulu.
Annealing?
Ni merupakan proses "hardening atau strengthening" iaitu proses untuk menguatkan lagi material kita atau pon mengubah sifat dan ciri-ciri bahan tersebut... sesuai mengikut kehendak kita. jadi setelah kita merancang untuk menghasilkan sesebuah produk, perlulah kita menyenaraikan bahan-bahan yang kita perlu guna. kalau kita memiliki bahan yang hampir sama sifatnya dengan bahan yang hendak kita gunakan untuk produk itu, maka bolehlah diubah sifatnya. banyak lagi proses-proses yang lain.
Caranya mudah saja iaitu dengan menyalurkan haba yang tinggi ( sesuai dengan jenis bahan ), sehingga masa yang ditetapkan ( bergantung pada jenis bahan ), dan kebanyakan bahan akan bertukar menjadi warna kemerahan setelah ia mencapai suhu yang tinggi. dan untuk mencapai peringkat suhu ini adalah sangat-sangat lama masanya. Setelah cukup masanya kita keluarkan dari ketuhar. proses ini dinamakan "annealing".
Kemudian bahan tersebut akan melalui proses kedua. Ini pon ada macam-macam cara. tapi saya nak sentuh satu teknik iaitu "quenching".
Quenching?
Untuk menguatkan bahan kita tadi melalui proses nih, kita mestilah panaskan bahan kita lebih daripada suhu kritikal ( annealing ). Kemudian kita sejukkan bahan kita secepat yang mungkin ( rapid cooling ). Proses menyejukkan bahan inilah dipanggil quenching. nak sejukkan bahan ada macam-macam method, seperti tekanan udara dan gas, air, minyak, silicon. dan tunggu sehingga sejuk. jadi bahagian luar bahan akan lebih cepat sejuk berbanding dalam. maka sifatnya di bahagian dalam akan sedikit berbeza. siaplah proses quenching kita.
Soul Treatment
Begitu jugalah dengan kehidupan kita di dunia yang ada sifatnya yang tersendiri. apakah sifat dunia? dunia ini sifatnya sementara ataupun bersifat tidak kekal. malah isinya juga bersifat tidak kekal. apabila dunia punyai sifatnya, maka isinya juga punyai sifat. dan dalam entri kali nih saya nak sentuh tentang sejenis makhluk di muka bumi ini yang bernama manusia.
Jenis Bahan : Manusia
Process : Annealing
Manusia jika hendakkan pada perubahan, sudah pasti ia perlu melalui proses-proses dalam kehidupan seharian. dalam setiap tindak tanduknya hanya mencari suatu perubahan. iaitu perubahan kepada yang lebih baik sehingga menjadi yang terbaik. yang terbaik diantara yang terbaik itu adalah orang yang benar-benar bertaqwa pada tuhannya.
Dalam rangka untuk berubah dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain perlu ada kerjanya dan tingkah laku. sifat kepada sifat, akhlak demi akhlak dan ilmu demi ilmu, perlu ada tingkah laku dan tindakan. seperti orang yang lapar kepada kenyang. jika mulut hanya menyebut makan... makan... makan... tetap tidak akan kenyang selagi mana dia tidak memasukkan makan itu kedalam perut. dalam rangka hendak berhijrah ini, perlu pada usaha dan kemahuan atas diri sendiri serta kesedaran yang sebenarnya.
dan ianya sudah pasti satu kepayahan dan jalannya sangat penuh dengan cabaran. Haba cabarannya sangat tinggi kadang-kala ada yang retak di tengah perjalanan. ada juga yang lebur kerana tidak mampu tahan dengannya. namun ada juga bahan yang mampu menahan haba yang tinggi. jika gunung-ganang berkecai apabila memegang Quran, siapakah pula manusia yang dapat mengamalkannya? itulah orang-orang yang bertaqwa hanya kepada Allah, jiwanya kuat menahan duka, langkah kakinya didengari beribu b atu, nafasnya menggentarkan lawan, kerana muslim yang sebenar itu adalah muslim yang mukminin, muttaqin dan muqarrabin. yang benar-benar beriman. yang benar-benar bertaqwa. yang dekat dengan tuhannya.
akan tetapi jika kita mengharapkan perubahan jiwa yang kuat ini dalam masa yang singkat, sebenarnya kita hanyalah bertambah lemah. kerana masa yang diambil adalah begitu lama. 13 tahun nabi Muhammad SAW menekankan soal i man pada para sahabat. Tambahan pula mereka hidup bersama Muhammad. maka hendaklah kita ingat bahawa ianya proses yang sangat panjang. akan tetapi ini bukan pula menjadi tidak untuk kita berlengah-lengah dalam menjadi muhajirin. Perubahan demi perubahan perlu dilakukan. perubahan pemahaman islam, perubahan iman, perubahan amal. setelah ia mencapai pada tahap yang tinggi, kita tidak akan sedar, bahawa kita telah banyak mengalami perubahan. telah jauh kita berhijrah.
Process: Quenching
jika proses annealing telah mengubah beberapa sifat dan ciri bahan tersebut, maka ianya belum lagi tamat di situ saja. apa gunanya iman tanpa amal. apa guna ilmu tanpa tindakan. apa guna pohon tanpa buah. apa gunanya annealing tanpa quenching. jika dibiarkan, lama kelamaan kembali pada sifat asal. ya. kembali semula ke tempat asal. setelah jauh berhijrah beribu batu, berkurun lama, kenapa pula perlu berpatah balik? sedangkan yang di belakang itu hanyalah kegelapan, dan yang menanti di sana adalah cahaya.
jika annealing itu dijalankan dengan baik dan tidak secara main-main, mengikut langkah-langkah makmal dan mendengar arahan pensyarah dengan baik, insyaAllah terhasillah kualiti iman, kualiti insani yang mulia, barulah ia layak untuk menjalani process quenching. setelah mencapai peringkat suhu yang sesuai, barulah layak untuk proses yang seterusnya. ada bahan yang tinggi tahap suhu kritikalnya. ada juga yang rendah sesuai dengan bahan masing-masing. ada orang yang mudah faham. ada orang yang lambat faham. sesuai dengan kehendak Allah yang Maha Mengetahui kebaikan setiap makhlukNya. tidak perlu berduka cita jika terasa diri lambat berubah, kerana Allah sentiasa ada, pohonlah dariNya.
setelah iman sudah mantap, maka bolehlah proses amal berubah dengan sangat-sangat cepat. begitu pantas para sahabat meninggalkan judi dan arak. kerana iman, amal menjadi kukuh. saf mereka rapat. alunan takbir mereka menggegarkan medan jihad, menggentarkan lawan dek iman yang suci dan jernih. Itulah golongan di bawah asuhan Muhammad SAW. proses yang dilalui mereka bukanlah singkat. akan tetapi bagaimana pula seorang pembunuh menjadi khalifah? bagaimana pula penentang menjadi pendokong. menjadi ulama' sekaligus menjadi tentera? semua cabang ilmu mereka kuasai. inilah orang-orang yang melalui "proses yang benar". Al-quran dan As-sunnah. Hijrahlah kerana Allah.
InsyaAllah, zaman gemilang itu pasti kembali. sinarannya pasti terang kembali. sang suria pasti terbit. ia satu kepastian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi pendidik yang amat bermakna. kelas tarbiyah yang sangat berlimu. medan jihad yang penuh strategi.
La ilah illa Allah
Muhammad Rasullah
Muhammad Rasullah
Pernahkah anda mendengar ungkapan seperti ini:
"Manusia tu tak sempurna , tak lari dari membuat dosa".
Dan ungkapan-ungkapan yang lain yang sewaktu dengannya. Apakah kesilapannya ungkapan ini? Adakah ianya boleh diguna pakai?
Sebenarnya dari sudut definisi asalnya tiada yang salah.Memang fitrah manusia tak dapat lari dari melakukan dosa.Tiada yang terlepas dari dosa kecuali nabi yang maksum.
Namun ungkapan ini menjadi salah apabila ia digunakan oleh segolongan manusia sebagai tiket untuk meneruskan sesuatu perbuatan dosa atas alasan tiada manusia yang bersih dari kesalahan.
Apabila telah sedar bahawa sesuatu perbuatan itu salah atau berdosa disisi agama. Maka seharusnya seseorang itu berhenti. Kemudian memohon ampun atas kesilapan.Bukannya memberi alasan agar dapat meneruskan perbuatan yang salah itu.
Jangan lah kita ambil Islam dari sudut yang sesuai dengan nafsu dan kehendak kita sahaja dan meninggalkan apa yang tidak selari dengan kehendak kita.
Sama-sama lah kita perbaiki diri.
Sebaik-baik mereka yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat.
Semoga kita dapat meraih kebaikan di bulan Ramadhan ini.
Selamat berpuasa semua!
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar membuat dosa. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan dosa." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu ingin berbuat dosa kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu ingin berbuat dosa, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu berbuat dosa, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk berbuat dosa?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu ingin berbuat dosa kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu ingin berbuat dosa, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu berbuat dosa, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk berbuat dosa?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Tundukkan pandangan dari perkara yang tercela dan yang melalaikan dari mengingati Allah
Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak bermanfaat, dusta, ghibah, mengadu domba, fitnah, pertengkaran, perdebatan, bercakap kasar, dan banyakkan diam serta sibuk dengan zikir
Menahan pendengaran dari mendengar perkara yang haram, dusta, pertengkaran, dan menjauhi dari perkara yang mendekati hal-hal yang haram
Menahan anggota badan dari perkara yang haram seperti tangan, kaki, perut, malah meninggalkan segala perkara yang tidak ada manfaat ( sia-sia )
Memakan makanan yang halal ketika berbuka puasa secara tidak berlebihan ( terlalu kenyang atau membazir ), dan banyakkan bersedekah
Setelah berbuka, hatinya tertambat dan tergoncang antara cemas dan harapan. Sama ada puasanya diterima ataupon tidak. Dan terus berusaha mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
"Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan bagi hamba-hambaNya, mereka berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada Allah, kemudian suatu kaum menang maka beruntunglah mereka dan suatu kaum tertinggal maka rugilah mereka. Tetapi yang sangat menghairankan adalah pemain yang tertawa pada saat beruntungnya para pemenang dan sia-sianya orang yang kalah." ( al-Hasan bin Abul Hasan al-Bashri )
Rujukan : Tazkiyatun nafs - SAID HAWA
Selamat menyambut Ramadhan 1432 Al-Mubarak diucapkan kepada semua. Jangan sia-siakan peluang yang sekali ini. Tingkatkan diri , tingkatkan amalan dan tingkatkan pengetahuan.
Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang bermakna untuk kita semua. Membantu kita berubah menjadi yang lebih baik.
Semoga kita dapat bertemu Lailatul Qadar dalam keadaan yang paling baik.
Dan semoga mendapat tahapan Taqwa!
Ameen.