Alhamdulillah , dengan izin dan rahmat ALLAH , kita berjaya mengadakan reunion kita
Tahniah kepada mereka-mereka yang hadir.
Seronok dan bahagia bila tengok sahabat-sahabat yang selalu dan yang dah lama tak jumpa..:)
Sembang-sembang pun bab lain dah
Dari jauh dan dekat , moga ALLAH bayar balik apa yg kita belanjakan dengan setimpalnya ya.
InshaALLAH , moga kita jumpa lagi pada masa akan datang ya.
Pakat mai ramai-ramai ya.
Berikut ana sertakan kronologi Reunion :
31-September-2012
Berkumpul dan bermalam di Musolla MATRI.
1-Ogos-2012
Qiamullail individu. Kemudian solat subuh bersama pelajar MATRI.
Tazkirah ringkas oleh al-Fadhil Ustaz Karim
Sarapan bersama di kedai makan Alor Tampang.
Riadhah futsal di D’ Futsal Centre selama 2 jam
Rehlah di sungai Batu Pahat, Perlis
Solat zohor dan asar di Masjid Putra
Menghadiri majlis kenduri kahwin Shafiy Zakaria di rumahnya
Singgah raya di rumah Hanif Ahmad
Aktiviti bebas/ persiapan aktiviti malam
Solat maghrib dan isyak
Berkumpul di rumah Hilmi Azhari
Bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Hanif Ahmad
Makan malam dan BBQ secara gotong-royong
Ucapan penutup oleh Radhi Abdul Rahman
Salam semut & bersurai
Assalamualaikum wbt ,sahabat semua.
Ramadhan Kareem!
Moga ALLAH pelihara & rahmati kita semua.
Berikut ana sertakan tshirt reunion kita.
Berikut ana sertakan tshirt reunion kita.
Sapa tak mai , tak dapat...:)
Begitu tekun Fitri membetulkan cermin ditandas. Sibuk dan tekun dia menebuk lubang di dinding untuk memasang pemegang cermin . Muncul Yusuf yang kebetulan lalu di koridor. Yusuf berhenti sebentar dan memerhati , wajahnya menampakkan riak kehairanan.
"Eh kau bukan tinggal lagi setahun aje ke? Kenapa semangat sangat pasang cermin tandas nih?" soal Yusuf.
Fitri membalas soalan adik juniornya dengan senyuman.
" Haha , saje tinggalkan jasa sikit , tahun depan berjasa kat tempat lain plak" tambah Fitri berseloroh.
............................................................
Ada hadis yang berbunyi begini :
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Hadis ini jelas memberikan motivasi yang besar kepada kita untuk melakukan kebaikan walaupun kita tahu esok adalah hari yang tidak lagi kita dapat beramal . Jangan berhenti dari melakukan amal hanya kerana kita tak dapat melihat kesannya.
Sekecil-kecil amal seperti menanam benih pun tidak boleh ditinggalkan walau tidak nampak hasilnya inikan pula amal-amal besar seperti dakwah sebagai contoh. Walau pun kadang kala kita tidak nampak ajakan kita disambut , bosan mengajak benda yang sama , nasihat berulang kali namun tiada perubahan.
Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha.
Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha.
Terlalu tua untuk berubah? Ada sesetengah orang berpendapat dia sudah begitu sebati dengan maksiat yang dilakukan. "Dari dulu dah memang macam tu". Ermm tidak logik.
Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Hari ini ketika saya bersama seorang Ustaz dari Uzbekistan di Masjid datang seorang lelaki dalam lingkungan 30-an . Lelaki tersebut belajar 'Alif Ba Ta' , baru hendak mengenal huruf Al-Qur'an di usia 30-an! Dia berazam mahu belajar membaca Al-Qur'an. Hati saya menangis gembira melihat kesungguhannya. Sungguh perubahan tidak mengenal usia!
Sumber :http://bersamakepuncak.blogspot.com/2012/07/esok-masih-belum-terlambat.html