Friday, November 16, 2012

Tiga


Walaubagaimanapun, Ustaz Dahlan tetap ingin berkongsi dengan kami,
"Tahniahlah antum semua dapat berkumpul sekali. Syabab2 seperti antum memang kena selalu berkumpul."
"Apa2 pun, setiap kerja2 kita mesti ikhlas kerana ALLAH."
"Tengok lah relawan2 kita yang misi menghantar bantuan ke Ghaza. Dengan keikhlasan depa, musuh2 ALLAH semua takut. " 
Ustaz Dahlan tergelak kecil.
"Sampai relawan sergah pun depa takut lari"
"Sampailah komando depa yang mai."
Kami semua kagum dengan Ustaz. Walaupun sakit, mentertawakan Zionist adalah perkara yang utama.
"Ok lah no..Ustaz takut makin sakit ni. Takpa, Ustaz 2 ni akan ganti ustaz bagi tazkirah.Depa pun hebat2 jugak ni.."
Ustaz ada mengadu kepada kami,
"Ustaz pun tak berapa lalu nak makan. Pagi tadi pun makan buah tamar dengan kacang putih ja" Haha. Ustaz tergelak kecil. Kami melirikkan senyuman. Ustaz2. Dok mengadu sakit pun sempat ketawa.
Ustaz Dahlan pun beredar pergi selepas memberikan salam kepada kami.

Wednesday, November 7, 2012

Tsabat dan istiqamah



Merasai dan dapat duduk bersama dalam lingkungan tarbiyah merupakan satu nikmat yang besar. Walaupun mungkin pada mulanya hati tidak memilih untuk menerima tarbiyah namun sedikit sebanyak jika dipilih Allah untuk berada dalam suasana tarbiyah kita dapat merasai kemanisannya.

Nikmat tarbiyah itu tidak dapat difahami hanya dengan perkataan-perkataan atau tulisan-tulisan. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang melalui tarbiyah itu sendiri. Seperti kemanisan ukhuwwah dalam bulatan usrah , sukar difahami bagi mereka yang duduk di luar bulatan itu dan tidak pernah melaluinya.

Namun ada nikmat yang lebih besar dari itu. Yang mana Allah kurniakan kepada beberapa hamba yang dipilih olehnya dari kalangan orang yang mendapat tarbiyah tadi. Setelah melepasi satu pilihan kita akan melalui satu pilihan lagi. Ia adalah nikmat 'istiqamah dalam tarbiyah'.

Ada dikalangan kita yang beruntung , merasai nikmat tarbiyah dan kefahaman terhadap Islam yang syumul sejak dari bangku sekolah. Bahkan ada yang mendapatinya sejak dari tadika atau pra-tadika. Ada juga yang dipilih Allah untuk merasainya di IPT baik dalam dan luar negara.

Beruntunglah mereka yang dipilih Allah kekal istiqamah di dalamnya selepas itu. Walaupun mereka tidak lagi terikat dengan sekolah atau universiti hati mereka masih basah dengan iman . Terus memilih untuk bersama didalam jalan yang sukar dan panjang.

Mungkin ada diantara kita menganggap sudah cukup apa yang kita lalui. Atau tidak perlu kita meneruskan usaha mentarbiyah orang lain kerana sudah banyak yang melakukan kerja ini. Kita merasakan kita sudah di tempat yang selesa. Bahkan lebih teruk mungkin ada yang merasakan Islam mereka telah sempurna.

Jika ada yang berfikir untuk meninggalkan tarbiyah yang dibawa Rasulullah ini ketahuilah bahawa Allah tidak memerlukan kita. Allah Maha Agung dan Maha Kaya tidak memerlukan qiyam kita , puasa kita , sedekah kita , jihad kita atau ketaatan kita. Allah tidak memerlukan kita , tetapi kitalah yang memerlukan Allah. Tarbiyah juga tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan tarbiyah.

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
(Al-Ankabut : 6 ) 

Sama-sama lah kita bersungguh-sungguh berdoa agar ditetapkan hati dalam ketaatan. Diteguhkan iman dan keyakinan dalam melalui jalan tarbiyah dan kehidupan yang panjang ini.


Wallahualam.