Thursday, June 14, 2012

Fikrah Yang Fitrah



Fikrah yang fitrah tetap akan diterima.
Walaupun masanya memakan berkurun abad.

Ianya meresap perlahan ke dalam hati manusia,
Seakan oksigen yang masuk melalui penafasan.

Fikrah itu mula dengan mengikut rentak jantung bernafas,
Apabila perlu, ia mampu berdegup kencang nafas larian.

Kerana fikrah yang fitrah bukan sesuatu direntap masuk,
Mengharapkan seakan-akan ubat yang pulihkan dari dalam.

Mereka kadangnya ingin merasa puas nampak ditelan,
Tetapi slps 10 second, nampak muntah bersepah-sepah.

Sebab apa?
Sebab terlalu memaksa menelan keanehan.

Dan pabila orang termuntah,
Mudah sahaja melabelnya 'orang yang pengotor'. Mudah.

Kalau nak tahu, engkau sebenarnya yang pengotor,
Menyebabkan dunia busuk dengan muntah bernanah.

Jadi sebenarnya Daie yang berfikrah fitrah itu kreatif,
Menyesuaikan fikrah dengan manusia di hadapannya.

dan Daie yang berfikrah fitrah itu juga adil,
Bukannya memilih manusia untuk fikrahnya.


Monday, June 11, 2012

Tahniah!


" Assalamulaikum... Kepada sahabat semua dengan kesyukuran dan sukacitanya dijemput ke Majlis Walimah saya pada 23 Jun 2012 hari Sabtu di Dewan MPSP Tikam Batu "

Alhamdulillah..kami kat sini mengucapkan Tahniah & Mabrookk kepada sahabat kita , 
Yaser dan pasangannya.
Tambah lagi seorang sahabat kita yang bakal menjadi ketua keluarga.
Yang lain2 tu , tak rasa apa2 ka?..:)
Apa pun , ni berita gembira buat kami semua!
Moga ALLAH permudahkan , merahmati  rumahtangga yang bakal dibina dengan cinta dan kasih sayang sampai bila-bila..Ameenn..InshaALLAH.
Tahniah & Mabrook kepada Yaser dan pasangannya!



Friday, June 8, 2012

Habitat

Keluarkan ikan dari kolam
Dan biarkan ia hidup bebas
Bebas di udara yang nyaman
Ia tetap akan mati

Harimau terkenal dengan kegagahannya
Lepaskan dia hidup di kota
Kota yang penuh dengan kemudahan
Ia tetap akan mati

Manusia makhluk “pintar”
Keluar hijrah dan berubah
Kita bebas memilih namun salah
Sehingga binasa di atmosfera dosa

Sunday, June 3, 2012

Kebergantungan Kita


Mind set kita pada zaman sekarang bila menghadapi kesusahan dalam sesuatu perkara, pasti akan mencari seseorang yang pakar dalam bidang tersebut. Susah dalam pelajaran, kita cari rakan kita yang selama ini mendapat keputusan yang amat cemerlang. Susah dalam memasak, kita tanya ibu kita dan bagi yang lelaki mungkin akan bertanya kepada rakan wanita mereka. Susah dalam hidup? Itu persoalan yang saya rasa boleh menjawab dengan mulut, tapi benarkah hati kita merasainya? Na'uzubillah, ALLAH lembutkanlah hati hambaMu ini.

Kemas kini laman blog ini terdetik ketika saya tersentap dengan kata-kata daripada ceramah Dr. MAZA.

"ALLAH boleh berikan tidur yang nyenyak walaupun dia tidur di rumah yang buruk dan ALLAH juga boleh menghalang tidur yang nyenyak walaupun katil kita sedap, besar dan mahal."

Itu semua hak ALLAH S.W.T. Gabungan pula dengan ceramah beliau berjudul 'Re-framing kehidupan', dimana ALLAH S.W.T telah berikan kita panduan untuk menguatkan hati dan diri dalam ujian kehidupan ini. Surah Al-Muzammil, untuk kita mendekatkan hati lagi dengan ALLAH S.W.T. Kuatkan hati ini Ya ALLAH untuk diberikan kekuatan untuk mendirikan solat malam Ya ALLAH, sungguh hina diri ini Ya ALLAH! Aaamiinn..

Link video:
Yang Mutlak & Yang Relatif: http://youtu.be/qKWkCRrwmUA
Re-framing Kehidupan: http://youtu.be/AQAWuoGlVz4

Oleh : http://aminroselidol.blogspot.com